Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Sabtu, 15 September 2012

Laksa Kedah

Assalamualaikum...

Masak apa utk makan tengah hari ni? Cma masak laksa  Kedah je ari ni. Encik Mus ada kuliah, malas nak masak byk2. Masak yg simple dan kenyang sudah ler...ayat org malas..hehehe.. Lagipun pagi tadi dah mkn nasi goreng permata. Permata ker???Takdak pun..Mix vege tu kira permata laa..
Tengahari ni kita pekena Laksa Kedah pulak. Jomm..slrupp..slurpp.slurpp..

 Nasi Goreng Permata

Laksa Kedah


Laksa Kedah

Bahan2:
1 kg ikan kembong   - guna ikan apa2 pun boleh
15 biji cili kering - buang biji dan rebus
8 biji bawang merah
2 biji bawang besar
1 inci belacan bakar - cma tak letak 
6 keping asam keping
1/4 cawan air asam jawa
daun kesum
bunga kantan
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Hiasan;
laksa kering - direndam dan direbus hingga lembut
telur rebus
timun
bawang besar
daun selom - kalu tak suka guna daun salad pun ok
limau nipis - limau kasturi pun ok
cili padi atau cili merah

Cara2:
1. Rebus laksa hingga lembut.
2. Rebus ikan bersama 2 keping asam keping dan garamm hingga ikan masak. Toskan ikan daripada airnya dan jangan buang airnya.
3. Asingkan isi ikan daripada tulangnya dan kisar bersama air rebusan tadi. Masukkan ke dalam periuk. Kisar juga tulang ikan dan tapis untuk dimasukkan ke dalam periuk.
4. Masukkan bawang besar, bawang  merah, cili kering dan belacan bakar (cma tak masukkan pun) ke dlam mesin kisar dan kisar hingga halus. masukkan dalam periuk tadi.
5. Masukkan asam keping, daun kesum, bunga kantan, gula garam dan air asam jawa ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
6. Bila dah masak padamkan api dan bolehlah dimakan bersama laksa yang direbus dan ulam-ulaman tadi.
SELAMAT MENCUBA...

 Inilah lunch cma utk hari ni...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.