Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Rabu, 8 Ogos 2012

Kek Karamel 33

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa...

Pada 21 Julai 2012 yg lalu, genaplah 33 tahun ayahanda dan bonda cma melayari bahtera perkahwinan mereka. Hasil perkongsian hidup selama 33 tahun ini, En Rumeli bin Shawal dan Pn Ku Penoh binti Ku Bulat dikurniakan dengan 4 orang cahayamata iaitu Mawarni Shima (cma), Muaza Shifa, Mohd Nor Arif  dan Muhammad Nor Aidil Fitri, 2 orang menantu Mustaffa bin Ahmad (Encik Mus) dan  Mohamad Asmawi Shahrulnizam bin Mohd. seorng cucu lelaki Muhammad Nu'man Uqail dan bakal cucu lagi..

Kami...


Uqail yg pandai...

Kek Karamel 33


Kek Karamel  33
Bahan2:

Gula hangus:
  2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingga gula mencair dan biarkan seketika
Bahagian atas (Karamel)
1/2 tin ( 1 cawan ) susu cair 
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135  ml air
1 camt baking powder ( sudu kfc )
50 ml minyak  jagung

Putar kuning telur, air, gula dan minyak hinggea kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )
6 telur putih 
70 gm gula castor
1 camt krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan dan dan diperisakan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3.Panas kan oven selama 10 minit.
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnya pasti anda akan tersenyum sebab kek menjadik dengan jayanya atau meraung sebab karamelnye melekat.

 "ermmmm....dapnyer....," kata Uqail..

Agar-agar Belang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Dah separuh perjalanan kita di bulan Ramadhan ni. Seperti tak terasa ianya terlalu pantas berlalu. Banyak perkara dan benda yg telah terjadi sepanjang bulan Ramadhan ini. Ada suka dan ada duka. Kita sebagai hambaNya haruslah bersyukur dan redha dengan apa yg telah ditentukan olehNya.. Apa yg telah ditentukan ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya.. Sebagai hambaNya, perlulah kita sentiasa renung2kan dan fikir semula segala yang telah berlaku... Panjang pulak mukadimah cma..hehehe...

Panas yg memeritkan anak tekak kalu di basahkan dengan makanan yg sejuk dan lembut mmg umphhh.... Sebenarnya agar-agar belang ni cma buat minggu pertama puasa lg, tp, takde masa nak masukkan kat dapur ijau, baru hari ni ada masa. Itu pun curi2 masa je... Asalnya nak buat agar-agar merah jer, tp, tak sedap plak.. Terajin plak tangan ni nak masukkan susu segar dan serbuk coklat, maka terhasillah agar-agar belang ni. Bahan2nya mudah je, agar2 tali, susu segar, susu pekat, serbuk coklat. Itu je, nak masukkan resepi pun cam malu jer...

comot skit ler...abaikan jer...
 
macam kuda belang laaaa...