Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak
Memaparkan catatan dengan label Western. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Western. Papar semua catatan

Khamis, 27 September 2012

Piza Hot di hari sejuk


Assalamualaikum .....

Sejuknyer.... bila cuaca sejuk, perut pun minta2 je nak isi. Petang tadi  Encik Mus ada belikan untuk dinner kami iaitu Laksa D' Adna Kuala Perlis. Makan pun dalam jam 7 ptg tadi. Lepas maghrib, Encik Mus tanya, "Ada apa boleh makan?" memang ayat familiar kalu dia lapaq.. Cma buat2 tak dengar je. Lepas solat, dia tanya lagi, "Nak makan apa mlm ni?" Dengan perasaan yg malas, cma pun godek2 lah kat dapur ijau. Dia tanya lagi, "nak tolong ker?" "Tolong potong bawang, tolong defrost roti piza, tolong ni, tolong tu, bla..bla..bla.." Sian pulak nengok muka dia. "Abg p nengok berita, biar i buat sorng," Dengan senyuman yg menggoda (yer ke menggoda???) Encik Mus pun pegi nengok berita..

15 minit selepas itu...

Tadaaaa....


Dah siap pun Piza Hot di hari sejuk. Piza ni simple je, cma guna roti piza segera, letakkan sosej, fillet ketam, mix vege dan sos2 piza.Tabur cheddar cheese dgn mozarella cheese. Letak mayonis tabur oregano skit sbb Encik Mus suka bau2an Italian ni..hehehe...  
Alhamdulillah... Kenyang perut Encik Mus mlm ni, bolehlah tdo dengan lena dan nyenyaknya sbb hujan lebat kat luar rumah...REsepi??? Malu la nak masukkan, simple sesgt... Jom jamu mata....ZZzzzzzzz.......
 


Isnin, 10 September 2012

Lasagna Simple

Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Awat la mata ni tak mau pejam??? JOm kita layan lasagna...cma buat petang tadi sebab dah janji dengan akak2 kat sekolah nak masakan. Sebenarnya janji nak bawak hari ni, tp, disebabkan ada urusan yg perlu disegerakan, tak dapat la nak masakan.
Balik dari kelas tambahan tadi, terbau2 je bila masuk ke rumah. Apalagi, dengan mata yg segar-bugar ni, kita layan dulu lasagna simple ala cma ni...Macamanalah berat badan ni tak bertambah, dok mkn je...Tp, ada akak2 kat sekolah tak percaya berat cma dah 52kg..nampak sama ja macam mula2 mai...kuruih ja, angin tolak  pun melayang...hehehe...tp...percayalahhhh.....memang dah berat pun sekarang nih...





Mesti tertanya2kan, sbb apa  bahagian atasnya melengkung???Ini kerana, Encik Mus sukakan yg garing, jadi, bahagian atasnya cma tak letakkan krim putih, tapi baki sos merah dan cheedar cheese  dan mozarella. Bila masak, dia garing dan kruk..krak..kruk..krak.. bunyinya... Ini ler resepi yg mudah dan tersangat la simple...

Lasagna Simple Ala Cma

Bahan2 sos merah:
300 g daging @ ayam cincang( daging buger pun boleh)
3 ulas bawang puting - cincang
2 biji bawang besar - cincang
3 camb cili kisar
2 biji tomato - cincang
1 tin tomato dalam tin
1 batang lobak merah - potong dadu
1 tin cendawan butang  - hiris nipis
3 cawan air
daun bawang 
gula
garam
lada sulah
minyak zaitun utk menumis

Cara2nya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging masak.
3. Masukkan lobak merah, tomato cincang, bawang besar, tomato dalam tin. Kacau hingga masak.
4. Masukkan cendawan butang dan air. Biar hingga mendidih dan masukkan bahan perasa(gula, garam dan lada sulah).
5. Ketepikan.

Bahan2 sos putih:
2 camb butter
5 camb tepung gandum
3 cawan susu segar
5 keping keju

Cara2nya:
1. Cairkan butter dan masukkan tepung gandum (perlahankan api).Kacau rata.
2. Masukkan susu segar dan kacau. 
3. Padamkan api dan masukkan keju keping dan kacau hingga keju cair dan kuah jadi pekat.
4. Jika kuah sangat pekat, masukkan sikit susu utk cairkan(jangan cair sgt) - jadikan seperti bater.
5. Ketepikan

Bahan lain;
kulit lasagna segera
daun bawang
keju mozarella
keju cheddar

Cara2nya;
1. Panaskan oven dan sapu bekas dengan mentega.
2. Mulakan lapisan dengan kulit lasagna, sos merah, sos putih dan seterusnya sehingga habis.
3.Pastikan kulit lasagna ditenggelamkan oleh sos. Sos merah memang banyak kuahnya utk melembutkan kulit lasagna. Kulit lasagna tak perlu di rebus sbb sos yg banyak menyebabkan kulitnya lembut dan masak.
4. Atas sekali pastikan letak kulitnya dan tuangkan baki sos putih. Kalu nak garing yg macam cma buat, letakkan baki sos merah dan parutkan keju cheddar dan mozarella. Taburkan juga lada hitam kasar.
5. Bakar dengan suhu 180oC selama 40 minit atau hingga masak.

Ermmmm....

Jumaat, 10 Februari 2012

Spagetti Bolognese Ayam

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari...

Dah lunch ke? Masak pe tengah hari ni? Hari ni cma dok sorang kat rumah sbb Encik Mus keja, macam biasa la hari Jumaat.. Malas nak ka pun masak nasi, cma buat la spagetti bolognese guna ayam cincang. Rasanya tak berapa best macam daging la, tp , buat masa ni cma kena pantang mkn daging, ayam pun ok. Lepas siap tempahan kek td, perut pun berbunyi minta diisi dan tekak pulak teringin nak mkn spagetti, dan terjadilah spagetti bolognese ayam. Sosnya cma guna bahan-bahan segar dari dapur hijau dan sememangnya cma tak pernah gunakan sos segera, tak berapa best la...Resepi ni mmg cma ada bagi pada kawan2 yg mintak dan sume cakap sedap.Time kasih la ye kwn2 semua. Jom la nengok apa yg telah terjadi..

SPAGETTI BOLOGNESE AYAM
spagetti - direbus hingga lembut bersama garam dan toskan

Bahan2 sos:
2 ulas bawang putih -potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
250g isi ayam cincang
1 camb cili mesin
1 biji tomato - potong dadu
5 camb sos tomato
2 camb sos cili
mix vege - cma tak letak kali ni sbb stok dah habis
cendawan butang
lada sulah
gula
garam
oregano

Cara2nya:
1. Rebus spagetti hingga lembut dan toskan. Letak sedikit minyak zaitun supaya spagetti tidak melekat.
2. Panaskan kuali bersama minyak zaitun. Tumis bawang putih hingga naik bau  dan masukkan cili mesin. Masak sehingga naik minyak dan masukkan isi ayam cincang. Kacau rata.
3. Masukkan bawang besar, tomato, sos tomato, sos cili, garam, gula dan lada sulah. Kacau rata.
4. Apabila isi ayam dah masak, masukkan cendawan butang dan mix vege. Kacau hingga masak semuanya.
Boleh lah dihidangkan.

Inilah hidangan tengahari cma






Jumaat, 27 Januari 2012

Makaroni n Cheese

Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Sebenarnya cma main masak-masak Makaroni n Cheese ni minggu lepas, tp baru hari ni ada kesempatan masukkan dalam n3 ni. Simple je resepi ni. Sosnya cma buat ala2 Bolognese gitu.. Keju plak cma gantikan cheeddar kpd keju keping.Lemak2 masin...ermmmm....Jom la try ...

Sedapnyeee...(masuk bakul angkat sendri)

Makaroni n Cheese
Bahan2nya:
200 gm makaroni (rupabentuk apapun boleh)- rebus hingga lembut dan toskan
300 gm ayam / daging cincang
1 camb butter
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - potong dadu
2 camb cili kisar
4 camb sos tomato
4 camb sos cili
1 biji tomato - potong dadu
6 biji candawan butang - potong nipis
1 cawan susu segar
4 biji telur gred A
daun sup dan daun bawang - cincang
sikit lada hitam / lada  sulah
sikit gula
sikit garam
sikit oregano
1 cawan keju cheddar parut (cma guna keju keping)


Cara membuatnya:

1. Panaskan butter dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sampai naik bau dan masukkan isi ayam cincang, tomato dan biar sampai isi ayam masak.
2. Masukkan sos tomato, sos cili, garam, gula, lada sulah, oregano, daun sup, daun bawang dan susu. Kacau rata dan  masukkan makaroni dan gaul lagi.
3. Masukkan telur dalam mangkuk besar dan pukul guna garfu. Masukkan makaroni tadi dan gaul rata.
4. Sediakan loyang. Masukkan macaroni separuh loyang dulu dan susun keju  dan masukkan baki makaroni sampai penuh loyang. Susun keju di atas makaroni. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai masak atau sampai keju bertukar menjadi keperang-perangan.
5. Sejukkan dan boleh lah dipotong dan dimakan bersama cili sos (kalu suka la)...