Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Isnin, 23 Januari 2017

Selamat Tahun 2017

Assalamualaikum dan Selamat Tahun 2017

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya dah masuk minggu keempat persekolahan sesi 2017. Banyak kenangan pada tahun 2016 yang tidak dapat dilupakan. Banyak juga peristiwa yang hepi dan yang xberapa hepi berlaku.
Semua patut dijadikan iktibar dan sempadan jika ada peristiwa yang tak hepi berlaku. Pada peristiwa yang hepi tu akan jadi kenangan seumur hidup.
Antara kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila ialah sepanjang 9 tahun berada di SK Felda Bukit Tangga. Hari-hari terakhir sesi persekolahan 2016 pelbagai peristiwa berlaku. Biar lah menjadi kenangan terindah di sana. Nanti cma sharekan gambar-gambar hari terakhir di sana yer..
Lagipun banyak jugak aktiviti di tahun 2016 yang cma tak kongsi lagi di sini. Kalau ada masa nanti cma kongsi la yer.
Terima kasih warga SK Batu 8 kerana menerima kehadiran cma di sini. InshaaAllah cma akan berusaha keras untuk memajukan sekolah dan memartabatkan kejayaan sekolah di daerah, negeri juga kebangsaan..hehehhe...dah macam nak pilihanraya je gayanya..

Kenangan di SFBT..Selamanya di hatiku...














Khamis, 29 Disember 2016

Penulisan Buku Teks

06 Mei 2016

Bila kita tengok buku teks, nampak macam senang je nak tulis. Tapi, susah sangat-sangat sebab isi atau contents yang perlu ada mestilah tepat dan cara menulis dan susunan juga penting. Cara letak, cara menulis, ketepatan ayat dan bahasa, perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Cara ayat disusun mestilah mudah difahami oleh orang yang akan membacanya. Biar ayat yang ditulis pendek, tetapi maksud yang ingin disampaikan jelas. Itulah kata2 pakar penulisan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Banyak perkara dan benda perlu dipelajari dan perlu diketahui sebelum satu-satu buku teks itu dapat dihasilkan.
Terima kasih pada Kak Norhayaty Yahya @ Kak Nor yang memberi peluang cma ikut dia p kusus ni. Walaupun dua tiga kali tarikh ditunda dan banyak perkara berlaku sebelum kami sampai di DBP untuk kursus ini.  Kami p kl naik ETS dari Arau jam 0800. Pengalaman yang best sebab kali pertama naik ETS. Tak sangka Kak Nor ni satu kepala ngan cma. Kaki berjalan, kaki shopping, kaki makan. Semua kaki yang ada ni kami ada...hehehhehe...

Muka kali pertama naik ETS

Inilah route train yg kami naik.140km/j

Sampai ja kat KL Sentral, perut pun minta isi. terus p oder nasi ayam. nyaman tok...

Kami dah decide nak stay kat rumah keluarga Kak Nor. Lagipun yang ada mak dan ayah dia ja. Lagipun hotel area sini dah penuh disebabkan kursus kami ni di hujung minggu. Lepas lunch, kami p rumah famili Kak Nor, letak bag dan kami keluar lagi naik LRT menuju terus ke Jalan TAR seterusnya SOGO..hehehhee...(awat huruf besaq plak ni)

Posisi tetap sama.. nak p Jalan TAR

lengang...

berehat sebentar setelah menghabiskan duit di Jalan TAR dan SOGO

Hasil tuaian kami

Sampai je kak rumah keluarga Kak Nor, terus mandi dan tidoq awai. Mak dia tanya, tak makan ke? Dah kenyang mak cik tp dalam hati, tersangatlah mengantuk...huhuhu.. Esok kita bangun awal sebab nak cari ilmu cara tulis buku teks...Zzzzzz...

07 Mei 2016
Mula cedok ilmu

macam biasa.kami suka selpi

Sebelum kusus.selpi lg...

Kak Nor suka selpi

kami suka bergambaq





sesi pembentangan

pandangan dari Menara DBP

Menara DBP

wajib beli cheesy popia kakak cantik ni

kami balik Kedah naik bas.InshaaAllah kami p kusus kat DBP lagi.


Jumpa di Menara DBP tahun 2017






















Rabu, 7 Disember 2016

Jalan-jalan di Bandar Tentera Darat

29 Mei 2016

Cuti sekolah kali ni, cma bawak  Uqail dan Hannan p berjalan-jalan. Saja nak bagi ummi dan abi depa berehat kat umah dengan Usaid. Awal pagi lagi dah siap dua orang budak pandai ni. Dari malam lagi long dah kata nak p jenjalan kan? Apalagi..pantang long kata nak p jalan. Kita tak siap lagi, depa dua orang dah siap tunggu depan pintu.hehehhehe...
Asalnya nak bawak p Nilai 3 dan jenjalan area sini2 ja, tp, tetiba je dapat mesej dari kawan yang dok kat Seremban. Apalagi..encik mus terus pecut kereta p Seremban. Yang best kat sini, ayah cma la sebab dapat p kem dia zaman dia keja dulu. Macam2 dia cerita kat kami. Cucu-cucu dia boleh dengaq je la.Paham ke tak paham taktau la, tapi muka fokus je bila wan depa dok cerita.hihihihihihik...

muka tak puas hati Uqail sebab long kata nak balik umah terus

Kami sampai di Kem Rasah, Seremban berjumpa dengan Lt. Hidayat. Terima kasih sudi luangkan masa tuan untuk kami awalaupun time duty..hehehehe...Terima kasih juga dengan buku-buku tuan juga yer.

Uqail bersama Abg Hidayat

terima kasih..

 Seronok budak cerdik dua org ni

Terima kasih daun keladi Tn Hidayat

 Dari Kem Rasah terus ke Bandar Tentera Darat... Kami melawat Muzium Tentera Darat







muka penat Hannan


Uqail takut naik jambatan gantung..hehehhe...

bergambar kat pintu masuk terowong je sebab ada orang takut nak masuk





 berehat sebentar bersama2

















Terima kasih Port Dickson.InshaAllah nanti kami p lagi...