Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Selasa, 2 Oktober 2012

Hepi Besday Encik Mus

Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
 Allah selamatkan Encik Mus sayang...
Allah selamatkan kamuuuu........


Hari ni besday Encik Mus yang ke-36. Selamat ulangtahun abang...Dah bertambah umur abang hari ni. Moga abang menjadi anak, abang, suami, menantu, ayah dan cikgu yang paling disenangi oleh semua mahkluk di muka bumi ini. Moga panjang umur dan sentiasa ceria2 selalu..... Sayangggg abgggggg....mmuuuaaahhhhhhhh.........LUV u...1,2,3,4,5,6,7,8,9,10... Saya takdak hadiah utk abang, cuma dapat buatkan kek yg abg suka jer... Tapi, Encik Mus dah belikan hadiah besday utk cma...huwaaa.......
Sebenarnya kami berkongsi bulan kelahiran yang sama iaitu Oktober. Selalunya cma akan belikan hadiah untuk Encik Mus dulu, tapi, pada tahun ni, terlalu bz mengalahkan guru besar, jadi, tak sempatlah nak beli. Nanti2 ye Encik Mus cayang... cuma sempat buatkan kek feberet jer... Oklah daripada takdak langsungkan????hehehe......

Untuk besday Encik Mus pada tahun ni, cma buat Oreo Cheese Cake yg diambik dari dapur Masam Manis Kak Azlita Aziz. Memang sedap kak..Tq sbb sharekan resepi yg sedap ni, tp, cma ada tambahkan jus lemon skit, sebab Encik Mus sukakan cheese cake yg rasa lemon. Resepi asal Kak Azlita letakkan esen vanila. Walauapapun, memang sedap kek ni, ada rasa masam2 lemon, manis2 gula dan memang sedap la...

Bab deco mendeco ni, lemah skit ler. Comot jer kejadiannya, tapi, rasanya, mantop...


OREO CHEESE CAKE
Amik dari Kak Azlita Aziz Masam Manis

Kek Span Coklat

Bahan2:
 
5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan
Cara2nya;

Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 35 mint atau sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan
* adunan ini boleh di buat 1/2 adunan sahaja.
Kalau buat 1/2 adunan telur guna gred B letak 3 biji 
 
Krim Keju
 
Bahan2:
1 paket biskut oreo
250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh asen vanilla  (cma letak 2 camb jus lemon)

Cara2nya;
Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang
Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan
Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan
Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.
Pastikan krim keju pada suhu bilik. 
Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
Tambahkan sedikit asen vanilla ( jus lemon) dan kacau adunan sempurna
Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi
Kaup balik adunan hingga rata
Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna
Masukan adunan kedalam piping beg.
 
Sebelum pegi keja 

Rupa di dalamnya