Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan 1433H

 
 
 Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat yang menunaikannya. Perbanyakkan amalan di bulan yang penuh barakah ini. Peringatan utk diri cma juga. insyaAllah, penuh puasa pada tahun ini...Aminn... 
 
 TIPS  BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

1. Untuk mengurangkan rasa haus,kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur

2. Untuk mengurangkan rasa lapar,elakkan makanan berlemak ketika sahur

3. Perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari

4. Amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin

5. Banyakkan minum air sewktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan.
 
SELAMAT BERPUASA

Jumaat, 13 Julai 2012

Apam Belang n Aiskrim Coklat

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua....

Lapar pulak petang2 ni. Cuaca pun panas dan kering je..Nasi pun dah tak selera, asyik makan nasi lembik dgn sup je. Macam2 jenis sup, mungkin sebab perut tak berapa selesa semenjak dua menjak ni. Tinggalkan pasal nasi lembik dan sup, cma nak sharekan 2 resepi utk minum petang. 
Dah lama cma amik resepi ni kat Ucu Bakery, tp hari ni baru la terasa nak buat. Maaf ye Ucu, cma ubah skit2 resepi ni. Memang sedap sgt apam ni, namanya Apam Belang.. Wangi je baunya, mmg berselera makan. Lembut, gebu, tak tau nak cakap apa  lagi. Tak payah cakap banyak la, jom nengok...

Memang terlihat kelembutan dan kegebuannya....hehehe...

Apam Belang
Sumber : Ucu Bakery

Bahan:-
 
4 biji telur
1 camb ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus ( cma letak 200 gm gula )
200 ml santan
50 ml air 
1 sudu teh baking powder
pewarna

Caranya:

1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
2. Masukkan santan, air  dan esen vanilla kacau sebati.
3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
4. Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
5. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)
 
 
 Menanti Encik Mus balik dr opis..



Satu lagi resepi yang cma nak kongsikan ialah Aiskrim Coklat Homemade. Sebenarnya dah banyak kali buat, tp yg ni baru ada kesempatan nak snap gambar. Yang sebelum2 ni, semua pos kat umh kengkawan n kat rumah bonda. Memang halus dan gebus je rasa, macam yang kilang buat... Tp, tak ingat amik kat mana. Minta halalkan yea, tuan punya resepi Aiskrim Homemade ni...

Bahan-bahannya:-

2 cawan susu perisa coklat ( kalu nak guna susu perisa lain pun ok )
2 cawan coffemate

Cara-caranya:-

1. Campurkan susu dan coffemate ke dalam bekas.
2. Dengan menggunakan mixer, putar dengan kelajuan sederhana sehingga  kelihatan gebu.
3. Masukkan kedalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam freezer selama 3 jam.
4.Apabila separuh beku,  masukkan semula kedalam bekas mixer dan putar lagi sehingga 
   menjadi lebih  gebu (lebih kurang 15 minit).
5. Bila sudah nampak gebu, masukkan semula ke dalam bekas bertutup tadi dan masukkan 
    ke   dalam freezer semula.
6. Biarkan semalaman sebelum di makan.
7. Scoopkan ke dalam cawan dan hiaslah mengikut sesedap rasa.

colouring rice n sirap strawberi


 colouring rice, coklat n coklat bar


Khamis, 5 Julai 2012

Proses IVF

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Dah beberapa minggu ni cma n Encik Mus dok ulang-alik ke hospital je. Sebenarnya, kami dalam proses nak buat rawatan IVF ( senang citer proses mendapatkan anak ). Mungkin ada hikmah disebaliknya yg Allah berikan buat kami berdua. Rawatan ni cma buat kat hospital kerajaan je, tak mampu nak buat kat hospital swasta. Lagipun kerja pun ngan kerajaan kan?...

Bagi kengkawan yg dok tanya ivf tu benda apa, di sini cma ada sikit maklumat yg  dapat dari  Klinik Dr. Hamid Arshat. Boleh la baca yea...

Bayi Tabung Uji (GIFT, IVF , ICSI)
Terdapat beberapa kaedah rawatan yang menggunakan teknklogi kesuburan, diantaranya GIFT, IVF dan ICSI. 
Jika semua kaedah rawatan dan ujian telah dijalankan , tetapi masih gagal lagi untuk hamil, jalan terakhir untuk dipertimbangkan ialah melalui kaedah ‘Bayi tabung uji’. Rawatan secara GIFT dilakukan jika kedua atau satu saluran fallopian terbuka. Tetapi jika kedua-dua saluran tersumbat cara yang sesuai ialah IVF. Jika benih suami sangat kurang atau tidak aktif kaedah IVF& ICSI dilakukan. Dengan adanya kemudahan pembekuan ‘embryo’ hasil rawatan IVF menjadi lebih baik  kerana lebihan embryo boleh disimpan dalam freezer dan dimasukkan balik dalam rahim pada waktu tertentu kemudian.
Kaedah rawatan ‘Bayi tabung uji’ adalah mahal (harga antara RM 6,000 hingga 15,000) bagi setiap percubaan. Disamping itu ia memerlukan lawatan ke klinik berulang-ulang kali atau setiap hari ketika dalam rawatan. 

Dari segi Islam, kaedah rawatan ‘Bayi tabung uji’ tidak salah asalkan benih suami isteri digunakan dan ia tidak melibatkan benih orang lain.

Asas rawatan
Pada asasnya rawatan secara ‘bayi tabung uji’ melibatkan percantuman benih di makmal, kemudian dimasukkan balik ke dalam rahim. Dalam GIFT setelah benih lelaki dan telur isteri dicampur, ia dimasukkan balik ke dalam rahim melalui muncung saluran fallopian , syaratnya saluran tersebut tidak sumbat.

Cara rawatan
Rawatan bermula daripada hari kedua haid. Ada beberapa peringkat;

1.    Rangsangan ovary untuk mengeluarkan seberapa banyak telur yang boleh.
Ubat subur dan suntikan hormon subur diberikan setiap hari untuk selama 5 hari atau lebih.
Pertumbuhan telur diawasi dengan ujian ‘vaginal ultrsound’ dan hormon dalam darah.
Apabila telur-telur telah matang (biasanya hari ke 12-13-14) penuaian telur dilakukan.




ini lah ubat2  subur tu...


 yg ni plak, isi perut ubat2 ni yg cma 'cucuk' sendri di perut... dah seminggu lebih kena 'cucuk' ubat2 ni, sbb telur tak berapa nak membesar. lambat skit... takpe la, usaha tangga kejayaan.tak gitu????


2.   Proses penuaian telur dari kilang ovari boleh dilakukan samaada melalui ‘vaginal ultrasound’ ataupun melalui pembedahan ‘laparoscopy’.  
Bergantung kaedah mana (GIFT atau IVF) yang akan dilakukan, bagi melakukan bayi tabung uji secara GIFT, penuaian telur secara laparoscopy adalah sesuai kerana telur dan benih suami yang telah dicantumkan di makmal perlu dimasukkan balik ke dalam saluran fallopian pada ketika itu juga.   
Bagi bayi tabung uji secara IVF biasanya penuaian telur dilakukan melalui saluran faraj dengan menggunakan ‘vaginal ultrasound scanning’.     
Walau demikian kedua-dua tatacara ini memerlukan pesakit dibius supaya ia membolehkan penuaian benih yang optima.

3.    Percantuman benih dan telur dalam makmal (in vitro fertilization).
Setelah telur-telur dituai dan benih-benih suami didapati, percantuman dilakukan di makmal kesuburan selama antara 2-3 hari.
Hasilnya ialah ‘embryo’ yang mengandungi antara 2-16 sel.
Seterusnya embryo akan dipindahkan kedalam rahim.

4.    Pindah embryo ke dalam rahim.
Dua embryo akan dipindahkan kedalam rahim setiap kali.
Yang lainnya akan disimpan dalam ‘freezer’ dan boleh tahan beberapa tahun.
Jika pemindahan embryo pertama gagal, ia boleh diulang pada masa lain dari embryo yang dibekukan.

5.    Rawatan selepasnya.Sokongan ubat hormon secara suntikan atau lainya perlu diberikan.
Pesakit perlu banyak berehat.
Jauhkan dari persetubuhan.


***utk proses yg lain takde gambar lg sbb proses tak selesai lg.kalu dah settle semua nnt, cma updatekan gambar yea.kalu takde org nengok pun tak pe, boleh jadikan kenangan.boleh anak2 nengok betapa susahnya mummy n daddy dia berusaha nak dapatkannya..

Rabu, 4 Julai 2012

Makaroni Tomyam Ayam

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hari ni balik sekolah teriba lapar plak, memandangkan hari hujan dan sejuk je rasa. Perut pun dok nyanyi2 dongdang sayang..Untuk tidak menghampakan perut yang minta diisi, dengan rajinnya, cma pun masuk lah ke dapur hijau dan terjadilah Makaroni Tomyam Ayam ala cma..hehehe... Rasanya sama je cam tomyam ayam biasa cuma dipekatkan kuahnya dan dimasukkan makaroni je. Dah la sejuk2 ni, mkn plak tomyam panas2 ditambah pulak dengan pedas..hurmmmmm... Jom layanzzz..



Selasa, 3 Julai 2012

Checkered Cake

Assalam dan Salam 1 Malaysia.

Walaupun dah lama tak bersiaran bukan bermakna dapur hijau tak berasap yea... dapur hijau stiap hari berasap cuma tuan dapur je tak sempat nak memasukkan n3. Tak nak cerita byk , nengok je la Kek Dam (Checkered Cake) ni. Macam biasa, resepi di ambil di dapur Juicy Cafe.Tq kak sudi share resepi yg sedap dan malatopsss ni... Cma share kat dapur hijau pulak yea.. Kalau nak step by step, bleh la lawat  Juicy Cafe TQ kak ...


 1st time buat. yg ni  cma buat masa hari guru baru ni. tulisan buruk abaikan je la...

Bahan2..
300 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur B
250 gm tepung superfine*
13 gm susu tepung*
1.5 gm baking powder* - *satukan dan ayak
28 gm glyserine
1/2 sdb coklat emulco

Cara2nya.
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga gebu dan putih.
2. Masukkan telur 3 biji dan pukul selama 5 minit, tambahkan baki telur dan pukul lagi sehingga gula larut.
3. Masukkan tepung sedikit2 dan kaupbalik adunan bagi rata.
4. Tuang glyserine dan pukul dengan kelajuan perlahan selama 15 saat.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian ditambahkan coklat emulco dan digaul sebati dan 
    rata,1 bahagian lagi dibiarkan kosong.
6. Tuang 2 adunan tersebut dalam 2 loyang saiz 8 inci yg telah digris dan dilapik kertas minyak, ratakan
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 40 minit.
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
9. Potong nipis kulit dibahagian atas setiap kek, kemudian potong setiap biji kek kepada 2 lapisan
10. Tekapkan "ring cutter" pada setiap lapisan kek vanilla dan coklat yang dipotong tadi, kemudian
      keluarkan ring cutter tersebut, i buat penambahan di tengah2 kek untuk menjadikan lebih banyak
     "checkered" dengan menggunakan acuan tulip dan acuan biskut.
11. Ambil 1 potongan bulat kek coklat, letak atas papan kek dan sapu krim dikeseluruhan dalam kek, ambil
      kepingan bulatan yang ke dua dari kek vanila dan masukkan ke dalam kek coklat yang telah disapu
      krim tadi (seperti dalam gambar), di ikuti dengan kepingan bulatan kek coklat dan seterusnya sehingga
      kepingan kek vanilla yang paling kecil, kek mestilah bergilir2 warna, buat untuk kesemua kepingan kek
      vanilla dan coklat.
12. Sapukan krim pada keseluruhan atas kek.
13. Letak kek lapisan kedua diatas krim tadi, kemudian sapu krim lagi, buat sehingga siap 4 lapisan,
      pastikan kek bermula dari bawah, coklat, vanilla, coklat dan vanilla.
14. Bila siap semua dilapiskan, sapu krim pada keseluruhan kek, i gunakan nozel kelopak bunga ros paling
      besar bagi memudahkan kerja tanpa gangguan dari serbuk2 kek, kemudian baru ratakan dengan
      spatula, siap disapu krim, sejukkan kek sehingga krim mengeras.
15. Tuang sedikit ganache ke dalam piping bag untuk meratakan pada tepi2 kek kemudian, letakkan kek
      atas redai yang dilapik dengan dulang lebar, tuang ganache ke atas kek, biarkan ganache turun dengan
      sendirinya, pipekan ganache ditepi2 kek yang tidak terkena, sejukkan dalam peti sejuk dalam 10 minit.
17. Rendam pisau dalam air panas, lapkan baru potong kek, kek akan nampak cantik. Jom rasa.
 
 yg kedua
Bahan krim..
500 gm RICH non-dairy whipping cream
250 gm cream cheese
100 gm gula aising*
1 sdk nescafe* satukan dan ayak
1 sdk jus lemon
Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul non-dairy whipping cream sehingga bertanduk. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain dengan menggunakan mixer yang sama pukul sebati cream cheese, gula aising, nescafe dan jus lemon.
3.Campurkan non-dairy whipping cream yang telah dipukul tadi dan pukul lagi sehingga kedua2 bahan sebati dan rata.
 
 
 comot2 tu abaikan la yea...
Bahan2 ganache..
100 gm uht whipping cream
300 gm dark coklat compound - sagat halus
Cara2nya..
1. Dalam periuk kecil, panaskan uht whipping cream sehingga berbuih ditepi2 periuk.
2. Tutup api dan tuang dalam bekas yang berisi coklat sagat.
3. Gaul sehingga coklat larut
 
 
 
 





Macam-macam Ada...

Fuhh..fuhh..fuhhh...
Apa la banyak sangat sarang kat sini....Macam2 sarang ada...Rupa2nya dah lama cma tak mengupdatekan blog ni...
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Dah bersarang rupanya Main Masak-masak ni...Keja yg berlambak2 mengalahkan Perdana Menteri..ermmm...Sibuk keja kat umah, sekolah, kuliah lagi, assigment lagi, shopping lagi, jalan2 cari pasal lagi...sebabtu la keja banyak...hehehe...Sebenarnya pengurusan masa yang tak betul menyebabkan kita merasakan kita ni banyak keja mengalahkan perdana menteri...betoi tak???angguk2kan kepala anda 3 kali.

Di bawah ni cma ada sediakan tips pengurusan masa yang berkesan. ehsan Encik Google ler...

1)     Set Matlamat dan strategi

Pastikan apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan.

2)     Fokus matlamat .

Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan.

3)     Buat Jadual masa.

Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.

4)     Utamakan matlamat asal

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti.

5)     Mewujudkan sistem pemfailan

Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan komunikasi.

6)     Realiti Pengurusan masa kita

Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Sama ada kita melakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita menentukan matlamat mana yang lebih penting.

7)     Kerjasama

Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran masing-masing

8)     Pencapaian Lalu

Lihat kembali pencapaian kejayaan kita  yang lalu dalam sesuatu kerja.  Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita perlu bercuti pada esok hari.

9)     Kehidupan harian

Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita.

10)Selesaikan tugas hari ini

Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa  tugas yang perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum balik dari pejabat.
Setiap orang mempunyai bilangan  masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Jangan katakan kita tidak mempunyai masa yang cukup kerana dengan pengurusan masa yang bijak memastikan kita boleh bekerja, bersama-sama keluarga serta berehat dan tidur dengan cukup.