Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Selasa, 3 Julai 2012

Macam-macam Ada...

Fuhh..fuhh..fuhhh...
Apa la banyak sangat sarang kat sini....Macam2 sarang ada...Rupa2nya dah lama cma tak mengupdatekan blog ni...
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Dah bersarang rupanya Main Masak-masak ni...Keja yg berlambak2 mengalahkan Perdana Menteri..ermmm...Sibuk keja kat umah, sekolah, kuliah lagi, assigment lagi, shopping lagi, jalan2 cari pasal lagi...sebabtu la keja banyak...hehehe...Sebenarnya pengurusan masa yang tak betul menyebabkan kita merasakan kita ni banyak keja mengalahkan perdana menteri...betoi tak???angguk2kan kepala anda 3 kali.

Di bawah ni cma ada sediakan tips pengurusan masa yang berkesan. ehsan Encik Google ler...

1)     Set Matlamat dan strategi

Pastikan apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan.

2)     Fokus matlamat .

Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan.

3)     Buat Jadual masa.

Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.

4)     Utamakan matlamat asal

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti.

5)     Mewujudkan sistem pemfailan

Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan komunikasi.

6)     Realiti Pengurusan masa kita

Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Sama ada kita melakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita menentukan matlamat mana yang lebih penting.

7)     Kerjasama

Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran masing-masing

8)     Pencapaian Lalu

Lihat kembali pencapaian kejayaan kita  yang lalu dalam sesuatu kerja.  Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita perlu bercuti pada esok hari.

9)     Kehidupan harian

Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita.

10)Selesaikan tugas hari ini

Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa  tugas yang perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum balik dari pejabat.
Setiap orang mempunyai bilangan  masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Jangan katakan kita tidak mempunyai masa yang cukup kerana dengan pengurusan masa yang bijak memastikan kita boleh bekerja, bersama-sama keluarga serta berehat dan tidur dengan cukup.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.