Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Dah beberapa minggu ni cma n Encik Mus dok ulang-alik ke hospital je. Sebenarnya, kami dalam proses nak buat rawatan IVF ( senang citer proses mendapatkan anak ). Mungkin ada hikmah disebaliknya yg Allah berikan buat kami berdua. Rawatan ni cma buat kat hospital kerajaan je, tak mampu nak buat kat hospital swasta. Lagipun kerja pun ngan kerajaan kan?...
Bagi kengkawan yg dok tanya ivf tu benda apa, di sini cma ada sikit maklumat yg dapat dari Klinik Dr. Hamid Arshat. Boleh la baca yea...
Bayi
Tabung Uji (GIFT, IVF , ICSI)
Terdapat beberapa kaedah rawatan yang menggunakan teknklogi kesuburan, diantaranya GIFT, IVF dan ICSI.
Terdapat beberapa kaedah rawatan yang menggunakan teknklogi kesuburan, diantaranya GIFT, IVF dan ICSI.
Jika
semua kaedah rawatan dan ujian telah dijalankan , tetapi masih gagal lagi untuk
hamil, jalan terakhir untuk dipertimbangkan ialah melalui kaedah ‘Bayi tabung
uji’. Rawatan secara GIFT dilakukan jika kedua atau satu saluran fallopian terbuka.
Tetapi jika kedua-dua saluran tersumbat cara yang sesuai ialah IVF. Jika benih
suami sangat kurang atau tidak aktif kaedah IVF& ICSI dilakukan.
Dengan adanya kemudahan pembekuan ‘embryo’ hasil rawatan IVF menjadi lebih baik kerana lebihan embryo boleh disimpan dalam freezer dan dimasukkan balik
dalam rahim pada waktu tertentu kemudian.
Kaedah
rawatan ‘Bayi tabung uji’ adalah mahal (harga antara RM 6,000 hingga 15,000)
bagi setiap percubaan. Disamping itu ia memerlukan lawatan ke klinik berulang-ulang
kali atau setiap hari ketika dalam rawatan.
Dari
segi Islam, kaedah rawatan ‘Bayi tabung uji’ tidak salah asalkan benih suami
isteri digunakan dan ia tidak melibatkan benih orang lain.
Asas
rawatan
Pada
asasnya rawatan secara ‘bayi tabung uji’ melibatkan percantuman benih di makmal,
kemudian dimasukkan balik ke dalam rahim. Dalam GIFT setelah benih lelaki dan
telur isteri dicampur, ia dimasukkan balik ke dalam rahim melalui muncung saluran
fallopian , syaratnya saluran tersebut tidak sumbat.
Cara
rawatan
Rawatan
bermula daripada hari kedua haid. Ada beberapa
peringkat;
1. Rangsangan ovary untuk mengeluarkan seberapa banyak telur yang
boleh.
Ubat subur dan suntikan hormon subur diberikan setiap hari untuk selama 5 hari atau lebih.
Pertumbuhan telur diawasi dengan ujian ‘vaginal ultrsound’ dan hormon dalam darah.
Apabila telur-telur telah matang (biasanya hari ke 12-13-14) penuaian telur dilakukan.

ini lah ubat2 subur tu...
yg ni plak, isi perut ubat2 ni yg cma 'cucuk' sendri di perut... dah seminggu lebih kena 'cucuk' ubat2 ni, sbb telur tak berapa nak membesar. lambat skit... takpe la, usaha tangga kejayaan.tak gitu????
2. Proses penuaian telur dari kilang ovari boleh dilakukan samaada melalui ‘vaginal ultrasound’ ataupun
melalui pembedahan ‘laparoscopy’.
Bergantung kaedah mana (GIFT atau IVF) yang akan dilakukan, bagi melakukan bayi tabung uji secara GIFT, penuaian telur secara laparoscopy adalah sesuai kerana telur dan benih suami yang telah dicantumkan di makmal perlu dimasukkan balik ke dalam saluran fallopian pada ketika itu juga.
Bagi bayi tabung uji secara IVF biasanya penuaian telur dilakukan melalui saluran faraj dengan menggunakan ‘vaginal ultrasound scanning’.
Walau demikian kedua-dua tatacara ini memerlukan pesakit dibius supaya ia membolehkan penuaian benih yang optima.

3. Percantuman benih dan telur
dalam makmal (in vitro fertilization).
Setelah telur-telur dituai dan benih-benih suami didapati, percantuman dilakukan di makmal kesuburan selama antara 2-3 hari.
Hasilnya ialah ‘embryo’ yang mengandungi antara 2-16 sel.
Seterusnya embryo akan dipindahkan kedalam rahim.

4. Pindah embryo ke dalam rahim.
Dua embryo akan dipindahkan kedalam rahim setiap kali.
Yang lainnya akan disimpan dalam ‘freezer’ dan boleh tahan beberapa tahun.
Jika pemindahan embryo pertama gagal, ia boleh diulang pada masa lain dari embryo yang dibekukan.

5. Rawatan selepasnya.Sokongan ubat hormon secara suntikan atau lainya perlu diberikan.
Pesakit perlu banyak berehat.
Jauhkan dari persetubuhan.
Pesakit perlu banyak berehat.
Jauhkan dari persetubuhan.
***utk proses yg lain takde gambar lg sbb proses tak selesai lg.kalu dah settle semua nnt, cma updatekan gambar yea.kalu takde org nengok pun tak pe, boleh jadikan kenangan.boleh anak2 nengok betapa susahnya mummy n daddy dia berusaha nak dapatkannya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.