Dah lunch ke? Masak pe tengah hari ni? Hari ni cma dok sorang kat rumah sbb Encik Mus keja,
SPAGETTI BOLOGNESE AYAM
spagetti - direbus hingga lembut bersama garam dan toskanBahan2 sos:
2 ulas bawang putih -potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
250g isi ayam cincang
1 camb cili mesin
1 biji tomato - potong dadu
5 camb sos tomato
2 camb sos cili
mix vege - cma tak letak kali ni sbb stok dah habis
cendawan butang
lada sulah
gula
garam
oregano
Cara2nya:
1. Rebus spagetti hingga lembut dan toskan. Letak sedikit minyak zaitun supaya spagetti tidak melekat.
2. Panaskan kuali bersama minyak zaitun. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili mesin. Masak sehingga naik minyak dan masukkan isi ayam cincang. Kacau rata.
3. Masukkan bawang besar, tomato, sos tomato, sos cili, garam, gula dan lada sulah. Kacau rata.
4. Apabila isi ayam dah masak, masukkan cendawan butang dan mix vege. Kacau hingga masak semuanya.
Boleh lah dihidangkan.
Inilah hidangan tengahari cma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.