Assalamualaikum semua...
Hari ni cma nak kongsi satu resepi yg cma dpt Dari Dapur Kak Ct Delima, Super Fudgy Brownies. Brownies ni mmg teramatlah sedap.Dengan rasa coklatnya yg kaya dan memang umphhh la...Tak mo cerita panjang, jom kita nengok resepinya.Terima kasih pd Kak Ct Delima kerana sudi sharekan resepi ni dan cma minta copy kat sini yea kak.Terima kasih daun keladi...
Sedia dimakan oleh Encik Mus
Sumber : Dari Dapur CT (kak Ct Delima)
Bahan2:
120g butter (8 camb butter)
130g tepung serba guna (1 cawan)
1/2 camt baking powder
30g serbuk koko (1/4 cawan)
1/2 camt garam
220g coklat masakan (dadu kecil)
240 g gula perang (cma guna 200g je)
3 biji telur gred A
3/4 cawan coklat cip
badam cincang
Cara2nya:
1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.
2.
Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips
sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas
lain.
3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.
4.
Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga
gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan
kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.
5.
Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga
tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan badam cincang dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci. (cma guna loyang sama saiz cam Kak Ct)
7.
Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan
sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak
atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.