Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Selasa, 7 Februari 2012

Apam Pisang Gebus

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Selamat petang semua. Hari ni cma nak kongsikan satu lagi resepi yg mudah disediakan dan sedap di makan. Apam pisang. Resepi apam pisang ni cma amik kat rumah CMG, Dapur Tanpa Sempadan.Terima kasih CMG diatas resepi yg sedap dan gebu. Semua org suka..Apam pisang ni cma buat minggu lepas. Petang ada latihan merentas desa, jadi cma balik umh awal terus masuk dapur ijau dan kelentang-kelentung buat apam pisang ni. Sebenarnya, resepi ni dah lama cma amik kat umh CMG, tp, baru minggu lepas sempat buat, sebab mudah je. Kacau-kacau terus jadik.. CMG buat guna acuan kecik2, tp disebabkan nak cepat, jadi, cma pun masukkan dalam loyang je.Cma kongsikan di sini yea CMG..terima kasih daun keladi...

yg ni utk kwn2 kat sekolah

yg ni pulak utk Encik Mus balik keje 
APAM PISANG GEBUS
Sumber : CMG Dapur Tanpa Sempadan

1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Beberapa titik esen pisang
2 biji telur gred B
100 ml minyak jagung
1/4 cawan gula perang @ soft brown sugar
150 gram pisang emas
1/2 camca teh soda bicarbonate
Secubit garam
Kelapa parut + secubit gram, gaul rata - cma tak letak pun

CARA-CARANYA:
  1. Lenser acuan apam dengan sedikit minyak. Ketepikan. Lecek pisang bersama soda bicarbonate dan secubit garam hingga lumat. Ketepikan.
  2. Pukul gula perang, telur dan minyak hingga sebati dan berkrim. Masukkan pisang lecek dan esen pisang, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  3. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan apam dan kukus 15 minit hingga apam masak. Hidangkan bersama kelapa parut tadi. Selamat mencuba untuk semua...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.