Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Sabtu, 11 Februari 2012

Puding Tauhu Laici

Assalamualaikum...

Cuaca sekarang ni sangat lah panas. Tekak pun kadang2 perit bila dok menjerit tiap2 hari di sekolah. Bukanlah menjerit tak tentu pasal, satg anak murid ingat cikgu dia ni tak betoi plak. Kadang2 je la mengetest suara boleh tak high not macam cikgu Syafinaz Selamat..Bila dah test suara, dah balik rumah nak cakap pun dah macam ayam serama..Terbayang2 la puding dan agar2 yg sejuk...Ermmm...nyamannya....
Dengan rasa tekak yg macam berpasir, cma gagahkan diri juga membuat Puding Tauhu Laici ni, Sebenarnya resepi ni dah lama cma amik kat dapur Masam Manis kak Azlita, tp tak berkesempatan buat lagi. Cari buah laici segar tak de, buah laici dalam tin pun ok la..
Mula2 cma dok pikir jugak camna puding ni namanya Puding Tauhu?Sebab tak de letak sebarang sumber dari soya, air soya ke, tauhu ke, tempe ke...mungkin sebab warnanya putih cam tauhu kot??Encik Mus kata, "kalau nak tau, kena buat bg abg makan, baru la tau, sebab pa nama dia tauhu."ayat nak suruh buat la tu, sbb apa saja namanya puding memamg feberet dia.. Bila dah buat baru la tau sebab pe namanya tauhu..Sebabbbb....bila masuk dalam mulut, mula2 kita akan rasa lemak2 santan dan juga susu.Bila dah sampai ke tekak baru la terasa macam soya...mungkin sebab tu la nama dia tauhu kot...cma n Encik Mus agak la...kalu salah pun tak pe kan???tak dosa kan???hehehe..
Memang sedap Puding Tauhu Laici ni, bila dimakan sejuk2...ermmmm...terasa nikmatnya...nyamannyaa.... Tak terasa dah habis 3 cawan kecil cma makan..(cawan dadih)..Jom la intai2 resepi yg cma amik dari dapur Kak Azlita Masam Manis. Cma copy resepi akak yea. Terima kasih daun keladi akak...


PUDING TAUHU LYCHEE
Sumber : Kak Azlita Masam Manis

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) *lebih kurang 18 gram
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula - cma tak letak gula pun, sebab tak tahan manis
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk Kuahnya- cma tak buat kuah pun..
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara2nya:
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

Untuk Pudingnya
Masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.
 
 ermmmmmm.........
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.