Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Isnin, 13 Februari 2012

Apam Yogurt Sedap

Assalamualaikum dan Selamat Malam...
Kenapa lah malam ni mata ni tak boleh nak pejam? Mungkin siang td dah tdo kot? Balik sekolah tadi penat sangat. Encik Mus pulak tak dak nak buat keja apa, tdo je keje dia. Mentang2 lah assigment dia dah siap, tdo je dia tau. Apalagi cma pun bila nengok Encik Mus tdo, terasa bantal pun memanggil cma utk turut serta Encik Mus. Tanpa berfikir panjang, cma pun menyertailah acara Encik Mus di siang hari iaitu acara kuak lentang.hehehe..tdo ler... Jaga jer dah petang rupanya...kui 5.30 pm. Terus bangun dan tetiba je terdengar perut Encik Mus menyanyi dondang sayang."Lapaq ke bang?" "Lapaq la jugak." Sebagai isteri mithali..(hehehe)cma pun rajin lah menggodek2 di dapur hijau dan terhasillah Apam Yogurt Sedap dari akak Azlita Masam Manis. Sedap sangat apam ni sampai 2 kali dah cma buat dalam minggu ni atas permintaan Encik Mus. Encik Mus ni tak berapa suka dengan apam sangat, tapi, bila dia makan apam ni jatuh cinta la plak.. 
Jom kita intai2 resepi dari dapur Masam Manis Kak Azlita. Terima kasih atas resepi yg sedap ni akak.
 


APAM YOGURT
Sumber : Kak Azlita Masam Manis 

Bahan2:
2 cawan gula castor *kurangkan ( cma guna 1 1/2 cawan )
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat

Cara2nya:
Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup.
*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh  jem atau filling dan pewarna kesukaan
*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.