Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Jumaat, 27 Januari 2012

Makaroni n Cheese

Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Sebenarnya cma main masak-masak Makaroni n Cheese ni minggu lepas, tp baru hari ni ada kesempatan masukkan dalam n3 ni. Simple je resepi ni. Sosnya cma buat ala2 Bolognese gitu.. Keju plak cma gantikan cheeddar kpd keju keping.Lemak2 masin...ermmmm....Jom la try ...

Sedapnyeee...(masuk bakul angkat sendri)

Makaroni n Cheese
Bahan2nya:
200 gm makaroni (rupabentuk apapun boleh)- rebus hingga lembut dan toskan
300 gm ayam / daging cincang
1 camb butter
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - potong dadu
2 camb cili kisar
4 camb sos tomato
4 camb sos cili
1 biji tomato - potong dadu
6 biji candawan butang - potong nipis
1 cawan susu segar
4 biji telur gred A
daun sup dan daun bawang - cincang
sikit lada hitam / lada  sulah
sikit gula
sikit garam
sikit oregano
1 cawan keju cheddar parut (cma guna keju keping)


Cara membuatnya:

1. Panaskan butter dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sampai naik bau dan masukkan isi ayam cincang, tomato dan biar sampai isi ayam masak.
2. Masukkan sos tomato, sos cili, garam, gula, lada sulah, oregano, daun sup, daun bawang dan susu. Kacau rata dan  masukkan makaroni dan gaul lagi.
3. Masukkan telur dalam mangkuk besar dan pukul guna garfu. Masukkan makaroni tadi dan gaul rata.
4. Sediakan loyang. Masukkan macaroni separuh loyang dulu dan susun keju  dan masukkan baki makaroni sampai penuh loyang. Susun keju di atas makaroni. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai masak atau sampai keju bertukar menjadi keperang-perangan.
5. Sejukkan dan boleh lah dipotong dan dimakan bersama cili sos (kalu suka la)...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.