Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Jumaat, 6 Januari 2012

Nasi Goreng Kunyit

Assalamualaikum...

Awalnya hari ni cma bersiaran...walaupun byk keja..hehehe...Pagi ni, cma buatkan Encik Mus Nasi Goreng Kunyit. Memang setiap hari cma buatkan sarapan utk Encik Mus, walaupun hari bekerja. Isteri Mithali la katakan...Kesian pulak kalu dia p keja tak isi perut dulu. Sarapan penting utk kita sbb ianya membekalkan tenaga di awal hari. Selain daripada itu, nak buat keja pun senang, tak payah susah-susah berebut ngan org lain kat cafe opis. Betoi tak??? Betoiiii...
Jom la kita nengok resepinya walaupun ringkas, tp Encik Mus kata sedap.


 
Sarapan Encik Mus pg td

Nasi Goreng Kunyit

Bahan2nya:
2 cawan nasi
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
1/2 batang lobak merah
3 batang kacang botor - amik kat kebun tepi rumah
sekeping isi dada ayam
lada sulah skit
kunyit skit
garam skit
minyak skit

Cara2nya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau dan garing.
2. Masukkan ayam dan masak separuh masak.
3. Masukkan lobak merah, cili padi, kacang botor, kunyit, lada sulah dan garam.Kacau sebati.
4. Last, masukkan nasi dan gaul rata dan masak hingga semua sebati.
5. Hidangkan bersama telur mata dan keropok ikan. Sedapnye....

Selamat Mencuba...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.