Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Selasa, 31 Januari 2012

Kek Pisang Coklat Rice

Assalamualaikum...

Selamat petang.Nak mkn apa yek utk minum petang ni???Petang ni cma nak buat aiskrim goreng utk Encik Mus. Aiskrim n roti dah buat dari semalam lagi, cuma nak goreng je petang nanti. Tunggu Encik Mus balik barulah digoreng. Lama jugak tak mkn aiskrim goreng ni. Bila dah siap nanti, cma masukkan yea.
Sekarang ni nak cerita pasal Kek Pisang Coklat Rice. Cma buat kek pisang ni 2 hari berturut-turut. Cma pun tak sangka. Ada permintaan kat sekolah sebenarnya. Mula2 cma buat macam biasa la sebab ada pisang lebih kat kantin. Semua org dapat mkn la. Pak Tam (suami tokey kantin) pun makan juge. Mula2 cma kata ngan dia"amik la PakTam, simpan skit, takut tak dan makan". Dengan bangganya dia cakap,"ambik satu dah ler". Ok la. cma pun masuklah kelas. Pastu tengahari p la kantin nak mkn nasi, dia cakap"kek tadi sedap, tp, tak dan nak makan banyak, dah abis". Kesian plak kat dia. Dengan baik hatinya cma kata ngan dia,"ada pisang lagi tak Pak Tam?"dia kata"ada, awatnya?"Kalau ada bg la kat org, esk org buat lg utk Pak Tam."dengan bangganya dia pun amik plastik  n pisang bagi kat cma,"cukup tak???"(awat plak tak cukupnya, 10 biji bagi)...cma senyum je.. Balik rumah,, terus masuk dapur ijau dan mula lah menggodek2 lagi...Maka terhasillah Kek Pisang Coklat Rice 2 hari berturut2... Kek pisang yg pertama cma buat, cma guna resepi sendiri dan yg kedua cma guna resepi dari CMG. Sedapnye resepi dari CMG... walllaaaa..... Terima kasih yea CMG.. cma copy kat sini yea..TQ..Mai la kita nengok sama2 yek...














yg ni guna resepi cma

KEK PISANG COKLAT RICE versi cma

Bahan2:
6 biji pisang
3/4 cawan gula
3 biji telur
1/2 cawan minyak
secubit garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camt baking powder
1camt soda bikarbonat
1/2 cawan coklat rice
badam hancur - utk ditabur di atas kek

Cara2nya:
1. Satukan pisang, telur, minyak, gula dan garam di dalam blender. Kisar sampai gula hancur.
2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dalam mangkuk. 
3. Masukkan adunan di dalam blender ke dalam mangkuk tepung dan putar menggunakan mixer sampai gebu ataupun putih.
4. Masukkan coklat rice dan guna spatula cuma balik kaup sahaja.
5. Sapu loyang dengan mentega dan tabur tepung di atasnya supaya kek tak melekat apabila masak nanti. 
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan badam di atasnya.
7. Bakar dengan menggunakan suhu 180C selama 40 minit atau hingga masak.







yg ni versi CMG

KEK PISANG COKLAT URAI 
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan (CMG)

Bahan2:
150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit)
200 gram tepung kek (mat guna tepung naik sendiri) cma guna tpg naik sendiri
1/4 camca teh soda bicarbonat*(*disatukan dan diayak)
100 gram gula perang (resipi asal 150 gram gula kastor) cma guna gula perang
3 biji telur
100 ml susu segar
100 gram pisang, dilecek halus
Beberapa titik esen pisang
50 gram coklat urai (chocolate rice)
1/3 cawan pisang yang didadu besar
1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya - cma guna walnut

Cara2nya:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan. (cma guna loyang bulat lubang kat tengah)
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.(cma guna walnut)
  4. Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.