Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Rabu, 11 Januari 2012

Puding Warna-warni

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Cuaca hari ni, kejap panas, kejap hujan..Tekak pun keja nak mkn ke...Balik rumah nampak je dapur ijau, terasa lapar. Apa lagi, lepas smayang, godek-godek apa yg patut dan terhasillah Puding Warna-warni. Sekejap je dah habis. Sedar2 Encik Mus tanya, ada lagi tak?
Resepi asalnya ialah Puding Tembikai, tp bila cari punya cari acuan tak jumpa plak. Ntah kat mana simpan pun tak jumpa cari. Ni kes terlebih rajin kemas almari la ni, sampai nak cari barang pun dah tak jumpa. Last-last, amik acuan coklat dan jadiklah macam kejadian di bawah ni... Terima kasih pada tuan punya juicycafe kerana sudi sharekan resepi ni. Maaf yea kak, cma dah ubah resepinya sbb cari acuan tak jumpa.

Tembikai di tukar kpd bunga ros..

Bhn2..
20gm serbuk agar2
8cwn air
1/2 cwn gula castor
2 sdb butter
1 cwn susu pekat
3keping roti putih - koyak2kan
Pewarna pink
Pewarnakuning
Pewarna ungu 

Cara2nya..
1. Rebus serbuk agar-agar n air sehingga larut.
2. Masukkn gula castor n kacau sampai mendidih.
3. Masukkn butter n susu pekat, kacau lg shingga cair.
4. Masukkn roti ke dalam mesin pengisar, tuang 3 senduk adunan agar2 n kisarkan shingga lumat.
5. Tuang adunan roti kisar ke dalam adunan agar2 n kacau sebati. Tutup api.
6. Bahagikan adunan agar-agar kepada 4 bahagian, warnakan 1 bahagian dgn warna pink, 1 bahagian kuning, 1 bahagian lg ungu dan 1 bahagian lg dibiarkan plain.
7.Tuangkan ke dalam acuan kegemaran ( cma guna acuan bunga ros dan acuan daun ). Sejukkan dlm peti sejuk hingga beku.
8.Keluarkan agar-agar yg sudah sejuk dan susunkan ke dalam loyang yang besar. Tuang agar-agar yang plain tadi ke dalam loyang dan simpan dalam peti sejuk hingga beku.
12. Keluarkan dan siap dimakan ketika sejuk.

Sedia menanti Encik Mus balik dari kerja


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.