Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Rabu, 4 Januari 2012

Puding Roti berCip Coklat

Assalamualaikum...

Hari pertama sekolah tahun 2012 mmg mengujakan(excited ler). Sebab pe????sebab tak jadik guru kelas.hehehe..Patut la ramai yg tak nak jadik guru kelas...Mmg ler best thn 2012 ni sbb tak jadik guru kelas, pastu, bil. waktu mengajar pun skit je...Ada org jeles...Tp, yg tak bestnya, banyak keja nak kena buat...Sabar je la...Dugaan kerja di tahun 2012, mungkin ada hikmah di sebaliknya...

Walaupun banyak keja nak diselesaikan, tp, masak tetap kena masak. Bak kata Encik Mus,"ayang dah sihat kan?Boleh lah Main Masak-masak cam selalu bg abg mkn yea..."Boleh je abg cayang...

Maka, semalam dgn bangganya, cma pun buat la minum petang utk Encik Mus bila balik keja nanti. Puding Roti berCip Coklat ni inspirasi daripada CMG. Resepi asalnya, daripada bonda tersayang, tp dah diubah skit sbb tukang masaknya tak bleh mkn telur dan ditambah cip coklat (cam CMG buat).Tq CMG. Kwn2 kat sekolah pun suke... Jom nengok, hasilnya..

nyum..nyum..nyum...sedap gak letak cip coklat...

Puding Roti berCip Coklat

Bahan2nya:
10 keping roti
500 ml susu segar
5 camb gula perang
1 camt esen vanila
1 biji telur
2 camb mayonis
1 camb butter
cip coklat - ikut suka 
Cara2nya:
1. Potong roti kecil-kecil.
2. Satukan susu segar, gula perang, esen vanila, telur dan mayonis.
3. Rendam roti dalam campuran susu selama 30 minit.
4. Lenserkan loyang dengan mentega dan masukkan adunan ke dalamnya.
5. Tabur cip coklat ke atas adunan dan bakar selama 45 minit.

*** cma tak letak telur dan mayonis sebab dlm pantang lg...nasib baik menjadik gak..hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.