Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Sabtu, 14 Januari 2012

Cucur Bawang

Assalamualaikum...

Rajin plak memlm macam ni cma masukan n3...Banyak keja nak kena siapkan dan mata pun tak bleh nak tdo walaupun sejuk2 macam ni. Hari ni hujan seharian, matahari pun macam malas je nak keluar. Bila dah dok di rumah, sejuk2 plak, perut pun apa lagi, mintak isi la..Hari ni pagi2 lg Encik Mus dah mintak cma masakkan nasi. So, kami mkn nasi awal la hari ni, pukul 10 pagi dah makan macam lunch. Nasi putih, sambal tumis ikan tenggiri, sayur tumis bayam dan ikan goreng..Bila dah makan nasi awal, mata pun awal la nak tutup..Ditambah pulak dengan hujan yg turun mencurah-curah, lagi la sedap nak tdo.zzzZZZZZZ.....
Pukul 12 tengahari je, perut pun berbunyi lagi minta diisi...Masak je la utk Encik Mus, nasi goreng plak.. Pukul 2 petang je, lapar lagi la yang........
Kali ni Cucur Bawang plak...Minum bersama kopi O panas, mmg umphhh lahh... Cucur ni mmg menjadi feberet Encik Mus semenjak berkahwin ngan cma. Bukannya apa, sebenarnya cucur ni feberet cma adik beradik. Masa kami kecik2 dulu, mak slalu buatkan utk kami sampailah sekarang..Kami panggil, cucur tepung. Slalunya, mak akan letak ikan bilis yg ditumbuk halus bersama bawang merah. Sedap sangat smpi tak hingat dunia kalu makan.hehehe... dan yang paling sedap cucur ni, ada rahsianya, rahsianya mak letak roti sebagai penyedap rasa... Tapi, hari ni cma buat cuma  letak bawang besar je, ikan bilis tak letak pun sebab masih dlm pantang.kalu gatal, sapa nak tolong garukan???

Cucur Bawang + kopi O Encik Mus

Cucur Bawang
Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum
2 keping roti - rendam dalam air
1/2 biji bawang besar - potong halus
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Cara2nya:
1. Masukkan tepung, bawang besar dan garam. Gaul sebati.
2. Ramas2kan roti bersama air rendaman. Masukkan ke dalam adunan tepung dan gaul hingga sebati.
Kalu adunan pekat, tambahkan air.
3. Goreng dengan menggunakan minyak banyak hingga keperangan dan hingga masak.
4. Sedia untuk dimakan panas2 bersama kopi O panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.