Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Jumaat, 7 September 2012

Kuih Raya 2012

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri 1433h....

Lama tak update dapur hijau ye...Byk keja yg perlu diselesaikan. Rupa2nya kita dah masuk tengah tahun kedua 2012.tak lama lagi anak-anak yg berada di Tahun 6 akan meghadapi cabaran terbesar buat mereka di sekolah rendah iaitu UPSR. Cikgu harap semua anak-anak cikgu tak kira lah kat sekolah manapun berada, semoga lakukan yg terbaik utk masa depan semua. Untuk anak-anak cikgu di SKFBT, cikgu dah berikan semua ilmu yg secukupnya utk kamu semua dan semoga dapat menjawab dengan sebaik mungkin.Aminnn...

 Ok dah habis pasal anak-anak nak UPSR, sekarang kita tengok kuir raya yg sempat cma buat dan sempat amik gambar. Sebenarnya ada lagi yg cma buat, tp tak sempat amik gambar sebab tak sempat ler...hehehe..

Biskut Arab
 
Biskut Arab
 
Bahan2:
300 g tepung gandum -sangai
125 g tepung jagung
70 g gula aising
50 g serbuk badam - sangai
250 g  minyak sapi - cairkan 
secubit garam
 
hiasan;
pewarna makanan hijau, merah, kuning
gula kastor
cawan kertas
 
Cara2nya;
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali minyak sapi. Gaul rata.
2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan senduk kayu sehingga menjadi doh.
3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan diwarnakan dengan kuning, merah dan hijau.
4. Cantum sedikit warna merah, hijau dan kuning. Bentuk menjadi bulat dan letakkan di atas dulang pembakar. Buat hingga habis.
5. Bakar selama 30 hingga 40 minit pada suhu 180oC atau hingga masak.
6. Setelah sejuk, golekkan di atas gula kastor dan letakkan di dalam cawan kertas.


Biskut Samperit Susu

Biskut Samperit Susu
 
Bahan2:
180 g butter
60 g gula aising
1 kuning telur
110 g tepung red ros @ tepung gandum - ayak
60 g tepung jagung -ayak
1 camb susu pekat manis
80 g tepung kastard

hiasan;
ceri atau apa yg disukai

Cara2nya:
1. Sebatikan butter dan gula.(Jgn pukul kuat nnt kembang)
2. Masukkan telur. Kacau lagi.
3. Masukkan semua bahan dan uli. Doh memang lembut.
4. Paipkan guna acuan bunga dan hias guna ceri atau apa2 yg suka.
5. Bakar guna suhu 180oC selama 30-35 minint atau hingga masak.

Cornflakes Madu

Cornflakes Madu

Bahan2:
500 g cornflakes
1 ketul butter
2 camb marjerin
2 camb madu
2 camb gula halus
100 g mix fruits
cawan kertas

Cara2nya;
1. Masukkan butter, mentega, gula, madu dan mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga semuanya sebati.
2. Masukkan cornflakes dan gaul lagi hingga sebati.
3. Padamkan api dan masukkan ke dalam cawan kertas  hingga habis.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180oC.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tart Gulung

Tart Gulung

Bahan2 doh:
250 g butter
350 g tepung gandum - ayak
100 g tepung jagung - ayak
2 camb gula aising
1 kuning telur
1 camb esen vanila
 
Bahan2 inti:
2 biji nanas
300 g gula
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
 
hiasan:
kuning telur 
susu cair
pewarna kuning

Cara2nya;
Utk inti.
1. Parut atau mesin nanas. Masak parutan nanas, gula, kulit kayu manis dan bunga cengkih hingga kering. 
2. Kacau sentiasa utk mengelakkan daripada melekat di kuali.
3. Sejukkan.
 
Utk doh
1. Kacau butter bersama gula hingga sebati. (Jgn pukul kuat nnt kembang)
2. Masukkan telur dan esen vanila. kacau lagi.
3. Masukkan tepung sedikit2 hingga adunan menjadi doh.
4. Ambil sedikit inti yg telah sejuk dan buat bulat2 kecil.
5. Ambil sedikit doh dan masukkan dalam acuan tart gulung. Tekan doh dan letakkan inti atas doh dan gulungkan. Ulang hingga doh habis. Jika ada lebihan inti, masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.
6. Sapu kuning telur yg dicampurkan dengan susu cair dan warna kuning.
7. Bakar pada suhu 180oC selama 15-20 minit atau hingga masak.

SELAMAT MENCUBA..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.