Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Ahad, 2 Oktober 2011

Main Masak-masak Tart Telur

Salam semua.....

Lama tak bersiaran.. Assigment byk la, sakit kepala la, mcm2 hal..
Tak dak idea nak masukkan tp nak jugak masukkan resepi tart telur. Resepi ni dah lama, dari mak cma. Mak cma ni mmg pandai masak dan rajin masak memasak. Sekarang ni turun plak ilmu dia kat cma.Bak kata pepatah, kuah nak tumpah kat mana kalu tak kat nasi....betoi tak???BETOI....
Berbalik pada resepi tart telur ni, dulu mak masak dlm acuan yg besar, skrg ni ni buat dalm acuan yg kecik. Nak buat dlm acuan besar pun boleh, tp, lg senang nak mkn kalu dlm acuan kecik ni...Kulit tart pun senang je, tak susah..
Nengok la resepinya...

Bahan2 utk kulit:
150gm butter sejuk
250gm tepung gandum
1 biji telur kuning
2 camb gula aising
1 camt esen vanila

Cara2nya:
1. Campur tepung gandum, butter dan gula aising. Jadikan seperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan jadikan doh. Kalu rasa cam lembik, tambah tepung skit..
3. Masukkan doh ke dalam peti sejuk 2-3 jam.
4. Selepas 2-3 jam, keluarkan doh dr peti sejuk.
5. Ambil sedikit doh dan masukkan dlm acuan pilihandan cucuk sikit guna garfu pun boleh.
6. Bakar 20 minit atau sehingga masak.
7. Sejukkan seblm masukkan filling.( Kalu tak tunggu sejuk pun ok)

Bahan2 filling (kastard telur)
2 biji telur gred A
1 cawan susu cair
1/2 cawan air
4 camb gula
2 camb tepung kastard
1 camt esen vanila
sikit pewarna kuning

Cara2nya:
1. Larutkan gula bersama air.
2. Masukkan semua bahan  dan kacau sebati.
3. Masukkan ke dalam kulit yg telah siap td dan bakar lg selama 15 minit atau hingga masak.

* Kalu guna acuan yg mcm cma ni, dpt la dlm 25 biji...

 Untuk kwn2 kat sekolah yg p latihan sukan 

 Walaupun tak secantik tart telur kat kedai..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.