Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Rabu, 26 Oktober 2011

Blueberry Cheese Tart...

Assalamualaikum dan Salam Deepavali..

Sebenarnya Blueberry Cheese Tart ni cma buat jumaat lepas sbb ada kwn lepas pantang bersalin teringin nak mkn. Kesian plak, sbb dah 2 minggu dia mintak cma buatkan tapi, cma tak sempat nak buat. Baru hari ni ada Resepi kali ni cma amik dari Kak Azlita Aziz Masam Manis.Tq yea Kak Ita yg cantik manis...Cma copy kat sini ye akak...


Blueberry Cheese Tart
Sumber : Kak Azlita Masam Manis


Bahan Crust
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart 
(cma buat 2 adunan supaya cukup2 dengan krim cheese kita)
Cara2nya:
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais  
    semalaman.
6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada 
    suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
7. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu 
    crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Filling
Blueberry

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri. Cma gunakan filling blueberry.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.


Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.

Bahan Cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara2nya:
1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai
    ke suhu bilik.
2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
4. Putar dia sampai berkilat jangan terlebih putar nanti ia terlalu cair dan tak cantik bila kita letak dalam shell
    sebab dia flat tak munjut2.
5. Jangan sekejap sangat pulak nanti dia tak licin tak cantik jugak! jadi yg sedang2 aje nampak berkilat tu
    dah OK!


Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi. Lorek lah ikut creativiti dan imiginasi masing-masing.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.