Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Khamis, 6 Oktober 2011

Apam Pisang pulak....

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Alhamdulillah kita boleh menghirup udara lagi di bumi Allah ini..Tetiba hari ni terbangun awal dan terajin plak utk masukan n3 ni..Bangun awal kononnya nak study smpi kul 6," tipu je....",kata Encik Mus. Mmg tipu pun, studynye sejam lebih je, yg lebihnya berfesbuk...hehehe...
Hari ni nak cerita tentang Apang Pisang plak..Selalunya kalu nak buat kek pisang, pisangnya tak penah nak beli sendri, amik kat sekolah je, makcik kantin yg dianggap mak sendri yg bagi (dah namapun mak sendri, mmglah bagi free je kat anak, anak je tak paham2).Dah mak bg pisang, anaknya balas la balik dgn kek pisang. Berbalik pada cerita Apam Pisang. Ada sorg akak yang keja kat kantin ni, nama dia Kak Mah. Dia bgtau dia buat apam pisang tak penah jadi, bantat je..Cma dengan bangga dan riaknya bgtau dia,"org buat ok je kak." Apalagi, Kak Mah pun dengan bangganya kata,"sedap jugak kalu pisang ni buat apam."Cma pun apalagi,"InsyaAllah kalu rajin, balik ni org buat, esk bleh la kak rasa."
Maka, dengan bangganya keesokkan harinya....

Tadaa......

Apalagi, Kak Mah pun dengan muka hepinya mkn,"sedaplah...minta resepi boleh?" dan cma pun dengan bangganya," boleh je, nah kak, dah siap salin pun,"

Apam Pisang

Bahan2nya:
6 biji pisang
1 camt soda bikarbonat
1/2 camt garam
2 cawan tepung gandum
1 camb baking powder
1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung
4 biji telur
1/4 camt yis kering (Mauripan)
sikit esen pisang

Cara2nya:
1. Kisar pisang, soda bikarbonat, gula perang, minyak, telur,yis kering, esen pisang dan garam dengan menggunakan blender.
2. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat.
3. Masukkan adunan kisar ke dalam adunan tepung dan pukul guna mixer smpi kembang. Biarkan seketika.
4. Panaskan kukusan dan lenser acuan dengan minyak.
5. Kukus selama 15 hingga 20 minit atau hingga masak.
6. Dah masak dan boleh makan.

Resepi ni sama cam nak buat kek pisang cuma cma tambahkan yis kering je, sbb nak bagi dia naik dan rasa lain skit (resepi ni pun, mak yang bagi..hehehe...)

 Ini lah Kek Pisang (gebu tak saya???)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.