Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Isnin, 17 Oktober 2011

Hari ni besday saya....

Salam 1 Malaysia

Hepi besday to me...
Hepi besday to me...
Hepi besday to cma...
Hepi besday to me...

Hari ni besday cma yg ke 31 tahun. Tak dak rahsia2 la pasal umur. Kalu dah umur kita bertambah dan kita pun sihat je, bersyukur pada Allah swt kerana telah mengurniakan kita dengan kesihatan yg baik. Kalu kita sakit, bukannya Allah tu tak sayangkan kita, sbb Dia sayang lah Dia menguji kita dgn banyak dugaan dan supaya kita sentiasa ingat dan meminta padaNya. Cma bersyukur kerana sudah 31 tahun cma hidup di bumi Allah ini bersama-sama keluarga dan kengkawan yg sayang pd cma..sayang ke????

Disebabkan hari ni hari tambah usia, jadik, cma ada buat mkn2 skit kat sekolah. Cma tak masak pun, tempah kat Cafe Mak Tam ler...Cma cuma buat Kek Carrot ngan coklat je bg kwn2 kat sek makan. Untuk anak murid kelas 4 Dinamik, (kelas cma) bg, swiss roll (beli je, tak sempat nak buat) sorang satu. InsyaAllah, setiap tahun kalu ada rezeki lebih, cma akan buat mkn2 kat sekolah pada 17 Oktober dan Alhamdulillah, tahun ni cma buat lg. Ini semua doa kengkwn kat sekolah jugak. Sumenya mendoakan supaya cma buat mkn2 setiap tahun dan ini mungkin berkat dr doa mereka. Time kasih sume kengkawan kat SKFBT.cma sayang sume...

Kek Carrot

Kek Carrot ni adik cma (Muaza Shifa) yg bg resepi. Try buat  dan sememangnya sedap dan tak manis. Dia amik resepi ni kat kwn dia kat sekolah. Nak cite la skit pasal adik cma yg sorang ni. Sebelum dia kawin, dia ni tak berapa rajin nak masak memasak ni. Almaklum la...ada kakak yg dok masak...Tapi, lepas kahwin ni, punya la rajin masak, siap beli mixer dan oven lg. Mula2 masa kawin, selalu tepn cma dgn mak, tanya mcm2 resepi. Nasi tomato la, nasi ayam, tomyam, macam2 lg la. Sampaikan Encik Mus pun heran (sbb dia tau, adik ipar dia ni, tak berapa nak rajin bab masak memasak ni) selalu sangat tepn tanya , "nak masak nasi ayam macamana?" Tapi, ada satu hari ni, dia masak nasi tomato tp mentah.Kelam-kabut tepn cma,"along...camna ni???nasi mentah..."Kesian kat dia..Cma pun bg la petua camna nak buat kalu nasi mentah..Petang je dia tepn bgtau, "sedap la nasi tomato yg adik buat td,Awie (suami dia la) pun puji..."Dalam hati cma bersyukur, Alhamdulillah, rajin jugak adik aku ni...hehehe...Sekarang ni, dia dah pandai masak macam2 jenis masakan dan dok gila oven n mixer sekarang ni. Pantang ada masa free je, kek coklat la, muffin la, cheese cake la...
Abis dah pasal adik pompuan cma sorang ni...

Coklat Homemade

Kalu ada yg nak try Kek Carrot ni, bleh la cuba resepi kat bawah ni...

Kek Carrot 

Bahan2nya:
A
1 cawan tepung gandum
1/2 camt baking powder
1 cawan carrot
* campur sume bahan

B
3 biji telur
3/4 minyak jagung
1/2 cawan gula
* blender sume bahan dan setelah sebati masukkan bahan C dan blend sekali lagi.

C
1/2 camt soda bikarbonat
1/2 cawan air suam

50g badam @ walnut @ buah2an campur @ coklat rice - kesukaan masing2 la

Cara2nya:
1. Campurkan bahan A ke dalam bahan B dan gaulkan bersama hingga sebati.
2. Tambahkan badam @ walnut @ buah2an campur @ coklat rice dan gaul sebati.
3. Bakar selama 40 minit pada suhu 180C atau hingga masak.

Frosting Cream Cheese

Bahan2nya:
175g cream cheese
80g butter
80g gula aising
1camt jus lemon
* Mixer sampai kembang dan boleh salut kat atas kek.


2 ulasan:

  1. happy besday to u...moga dipanjangkan umur, murah rezeki..n bahagia di dunia dan akhirat...amin..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.