Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Jumaat, 14 Oktober 2011

Puff Sardin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Lama jugak la tak mengupdate Main Masak-masak walaupun setiap hari main masak-masak kat dapur ijau. Bz, byk keja dan sentiasa menyibukkan diri.
Ptg semlm ada latihan 1 Murid 1 Sukan lg. Macam biasa la, kalu cma rajin, cma bawak la bekal bg akak2 dan adik2 kat sekolah makan, kalu dah penyakit M sudah mari, mmg bawak perut sendri je la p..Tp, mmg dah rezeki kwn2 kat sekolah, cma jadik rajin plak, maka terjadiklah Puff Sardin...Pastrynya cma dah siapkan smlm lagi, so, ari ni cuma nak jadikannya makanan yg bermakna saja. Ikan sardin yg cma buat Ahad baru ni pun ada lg (sardin homemade tau, bukan tin punya ), maka terjadiklah Puff Sardin. Resepi ni cma amik dari Kak Wan, blog Citarasawan. Tq yea akak. Cma copy n share kat sini yea. Kak Wan buat selapis je sbb namanya Sardin Gulung.Sume kengkawan kata sedap, time kasih la sbb sudi makan apa je yg cma masak selama ni.Time kasih byk2 kengkawan di SKFBT..

 
Yang ni, bg kat jiran sebelah umh



Puff Sardin
Sumber : Kak Wan Citarasawan

Untuk buat doh pastri:
3camb air sejuk (dr peti ais)
300g tpg gandum
1/2 camt garam
120g butter sejuk (dr peti sejuk)




Cara2nya:
1. Campurkan tepung, garam dan butter. Ramas supaya jadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan air sejuk sikit2 dan uli smpi jadik doh. Simpan dalam peti sejuk, boleh guna bila nak..
3. Buat bebrapa lapis. Tp,, cma lipat2 dalam 4 lapis je, takut tak sempat  nak bawak p sekolah nnt kalu byk sgt melipat).


Untuk inti:
3 ekor sardin
1 camb air asam jawa
sebiji cili besar
1/2 biji bawang besar
sikit lada sulah
keju keping
1 biji telur kuning (utk sapu atas pastry)

Cara2nya:
1. Lenyek ikan sardin dan buang tulang tengahnya dan digau dgn semua bhn2 lain.
2.Ambil  sekeping pastry yg dah kita buat td, letakkan inti ditengahnya dan letakkan sikit keju.
3.Lipat pastry dan tekat guna garfu.
4.Sapu kuning telur diatasnya. Bakar  selama 15 minit dan  keluarkan puff dan sapu lg kuning telur diatasnya supaya nampak berkilat dan bakar lg sehingga masak.
5. Sedap dimakan waktu panas.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.