Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Khamis, 14 Julai 2011

Main Masak-masak Sandwich Telo Kukus

Assalamualaikum and Good Morning....

Awai plak pagi ni masukan n3.Bukannya apa, sebab ari ni cuti, semalam ada KOT sekolah..Pagi ni nak p menyibuk kat SK PHD sbb kanak-kanak ribena ada karnival (budak-budak kecik pra-sekolah). Saja nak p bagi moral support kat depa.

Lapaq plak dok sorg2 ni dan maka terhasil lah Sandwich Telo Kukus... Selalunya kalu di rumah, cma minum susu Anmum tapi, ari ni minum Nescafe kegemaran Encik Mus plak..sbb rindu sgt kot, dah seminggu kena dok sorg2...isk..isk..isk...



Sandwich Telo Kukus

Bahan2nya:
6  keping roti
2 biji telo
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
susu segar
lada sulah
lada hitam
sikit je minyak
keju keping - cma guna cheesedale
mayonis

Cara2nya:
1.Pukul telo bersama susu,lada sulah dan lada hitam.
2. Tumis bawang dan tomato sampai layu.
3. Masukkan telur yg di pukul tadi dan jadikan telur hancur (scramble egg) dan masak separuh masak saja.
4. Sapu mayonis pada roti, letakkan keju (sekeping je) dan letakkan scramble egg dan letakkan roti lagi satu di atasnya. Buat sampai habis.
5. Panaskan kukusan dan letak roti di dalamnya. Kukus selama 5 minit.
6. Dah siap, boleh makan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.