Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Selasa, 2 Ogos 2011

Main Masak-masak Puding Karamel Cracker Ayah

Assalamualaikum dan selamat berpuasa.
Dah lama cma tak undate blog ni.Lagipun baru lega sepenuhnya daripada demam.
Hari ni Encik Mus ada beli ketam dan disuruhnya isteri tersayang ni buatkan masak lemak cili api...ermmm...sedapnyeee....
Yang tu lauk utk berbuka ptg nanti, tp, baru je selamat siapkan Puding Karamel Cracker Ayah utk ayahanda dan bonda tercinta.Panas2 ni, memamg la sedap mkn puding apatah lagi kalu sejuk2, masuk dalam tekak pun laju je....Sebab pe letak nama Puding Karamel Cracker Ayah???Sebab ayah cma suka sgt ngan puding ni. Setiap kali besday dia, ayah tak minta mak masak benda lain kecuali lah puding ni.Bila cma dah pandai masak sendri, cma plak amik alih tuga ni drpd mak.Tp, kalu tak besday dia pun, dia mintak cma buatkan jugak, sbb teringin katanya...Adik2 pun dah boring makan puding ni...Setiap kali buatkan utk ayah puding ni, mesti buatkan adik2 kuih lain. Tp, disebabkan hanya tinggal ayah n mak je dua org kat umh, so, tak payah la buatkan kuih yg lain...
Senget skit la puding ni sbb tuannya  tak sabar2 nak terbalikkan. hehehe...

 
Inilah hasilnya....


Puding Karamel Cracker Ayah

Bahan2 utk karamel:
2 camb gula dihanguskan dalam loyang dan ketepikan

Bahan2 utk puding:
7 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 camt esen vanila
7 keping biskut krim kraker - kisar halus

Cara2nya:
1. Pukul telur dan gula hingga gula hancur.
2. Masukkan susu, air dan esen vanila. Kacau lagi
3. Masukkan adunan dalam loyang karamel td dan taburkan biskut hancur td.
4. Kukus selama 45 minit.
5. Dah masak boleh terbalikkan dalam bekas dan hias ikut suka hati... ( cma letak buah peach dlm tin )

SELAMAT MENCUBA...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.