Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Jumaat, 1 Julai 2011

Main Masak-masak Cara Berlauk

Assalamualaikum..

Walaupun penat berkursus,tp, masak tetap masak..ewahh...time rajin je,, kalu time malas.. APA PUN TAK BOLEH...

Dah siap untuk minum petang sambil menunggu Encik Mus pulang dari keja..Dalam peti ada daging yang telah dicincang oleh Encik Mus, maka terhasil lah Cara Berlauk..Simpel je...Main campak-campak apa yang ada, dah nama pun Main Masak-masak...

 
Tadaaaaa..........inilah hasilnya...


Bahan2 untuk bater:
tepung gandum
telur
santan
garam
kunyit nak bagi kaler

Cara2nya:
1. Satukan semua bahan dalam blender dan trrrrrrr...
2. Kalu nak cantik hasilnya, tapis ler....

Bahan2 untuk inti:
daging yang dicincang sendiri
bawang besar
cili merah - kalu nak pedas letak cili padi
daun bawang
lada sulah
garam

Cara2nya:
1.Tumis bawang besar hingga naik bau dan masukkan daging.
2. Masak sehingga air daging kering dan masukkan cili merah, daun bawang, lada sulah dan garam.
3. Panaskan acuan dan letakkan sedikit minyak supaya tak melekat.
4. Masukkan bater ke dalam acuan(separuh je) dan letakkan inti di tengahnya.Tutup acuan dengan tudung dan tunggu hingga masak.
5. Angkat adunan yang sudah masak dan ulang proses membuatnya sehingga habis..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.