Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Isnin, 11 Julai 2011

Main Masak-masak Fruity Choc Steamed Cake

Assalamualaikum...
Terima kasih pada Kak Jue, jiran sebelah rumah sbb bg mi goreng yg sedap ptg td...Untuk membalas jasa Kak Jue yg baik hati ni, dengan bangganya, cma pun kongsi la kek yg baru masak ni. Dia kata,"panas lagi ni, baru masak.buat susah2 je cma ni, dah byk pinggan kat umah akak".Dengan rasa tak bersalahnya cma pun jawab la,"sementara rajin ni, boleh la merasa, tp, kalu dah dpt penyakit malas, seminggu skali pun belum tentu masak".hehehehe....

Terima kasih pada kak Azlita Masam Manis yg sudi share resepi.yg sedihnya, tak masukkan ovellete pun..huhuhu..tp rasa tetap sedap dan sedikit moist. Ada gak yg cma ubah dari resepi asala, cma gantikan susu cair ngan susu segar sbb tak dak stok susu cair, tp, rasanya tetap malatops...
Cma minta izin kak Azlita Masam Manis copy resepi kat sini ye akak.time kasih...




FRUITY CHOC STEAMED CAKE
by: Kak Azlita Masam Manis

5 biji telur - grade A yg sejuk - dr peti ais
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette (lupa nak masukan)
150 ml susu cair (cma gantikan susu segar)
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung / masak

1 sk esen vanilla
1 1/2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh choc emulco
ceri merah dan hijau yg dicincang secukupnya (cma guna 4 biji je sbb yg tu je ada)

1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, buah ceri, serbuk koko, esen vanila dan choc emulco
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3. Bahagikan Adunan kepada 2 bahagian.  satu bahagian letakkan serbuk koko dan choc emulco. satu bahagian lagi letakkan perasa vanila dan boleh juga letakkan pewarna.
4. Kemudian setiap warna tu pula dibahagikan kepada 2 bahagian. Ini bermakna kita akan dapat 4 lapisan.
5. Loyang dialas kertas dan sapu butter . Ratakan adunan pertama  kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
6. Buat hingga habis lapisan akhir taburkan buah ceri merah dan hijau dan kukus semula.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
7. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk. 
 
Time kasih kak Azlita Masam Manis..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.