Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Isnin, 10 Jun 2013

Udang Masam Manis

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Untuk makan malam ni cma ada masakan Udang Masam Manis utk Encik Mus. Udang ni beli masa p nat baru2 ni. Baru hari ni rajin nak memasak.. Mula2 ingat nak masakan Encik Mus sup tulang sbb beli tulang kat makcik kantin kat sekolah td. Balik umh nengok ada udang, masak udang dulu la, tulang ni bleh masak esk.. Jom pakat2 nengok...




Udang Masam Manis

bahan2nya;
1 kg udang harimau
1 camb cili mesin
1 camb sos tiram
1 camb sos cili
2 camb sos keropok lekor
2 ulas bawang putih - mayang halus
1 inci halia - mayang halus
2 biji bawang merah - mayang halus
1 batang serai - dititik
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili besar - dipotong serong
2 camb tepung jagung
1 camt garam
1  camt serbuk kunyit
1/2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara2nya;
1. Gaul udang bersama-sama garam, serbuk kunyit dan tepung jagung dan goreng dalam minyak sehingga garing. Angkat dan toskan udang.
2. Tumis serai, bawang putih, bawang merah dan halia sehingga garing dalam minyak yang sama.
3. Masukkan cili mesin dan goreng sehingga garing dan cili masak.
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos keropok lekor. Gaul sebati.
5. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, bawang besar dan cili merah dan gaul sebati.
6. Sedia untuk dihidangkan dan sedap makan dengan nasi panas.

Sedapnyerrrr......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.