Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Selasa, 11 Jun 2013

Mi Rebus Tulang ala cma

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hujan begitu menggila di luar rumah. Nak nengok tv pun tak boleh, biasalah kan bila guna yang berbayar ni..
Dah la bayar tiap2 bulan rm100++, tapi servis ala2 jer...Terima je la..Sebab tv tak bleh nengok, maka dengan rajinnya cma telah mengupdatekan Main masak-masak ni..
Siang td cma telah mendapat panggilan telefon dari en PPD,"Cma, esk kena p kursus kat Aloq Setar.Satg sy emel surat kat sekolah."Ha???Kursus???huhuhuhuhuhu...Yang tak bestnya kusus ni dari hari rabu sampai hari Jumaat...huaaaaa.... Tu la... semalam cma dah gelakkan kat sorg cikgu laki kat sekolah sbb dia kena p kusus juga tapi mula hari Selasa sampai Jumaat...La ni Allah bayaq cash ja segala amalan yang telah kita buat...huhuhuhuhu...Moral of the story jangan gelakkan org sbb tak lama lepas kita gelakkan org tu, kita pun dapat habuan yang sama...Muhasabah diri sat..sat ja....huhuhuhu... Tinggallah Encik Mus kat rumah sorg2...
Sebelum tinggal Encik Mus sorg2 kat rumah, cma masakan feberet dish Encik Mus, Mi Rebus Tulang ala cma... Jom la nengok...

Mi Rebus Tulang ala cma

bahan2 utk kuah;
20 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
*kisar semua bahan di atas
1 kg tulang lembu - direbus sehingga empuk
5 biji ubi keledek - direbus sehingga empuk dan dikisar halus bersama air rebusannya
2 keping asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

bahan2 utk mi dan hiasan;


mi kuning
sawi
taugeh
* semua bahan di atas dicelur
telur rebus
tahu goreng
daun bawang
daun sup
limau nipis
bawang goreng

Cara2nya;
1. Tumis bawang  putih dan bawang merah sehingga garing. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing dan naik bau.
2. Masukkan tulang dan daging yang direbus bersama-sama dengan  air rebusan tulang tadi. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ubi keledek yang dimesin tadi dan biar sehingga menggelegak. Masukkan garam dan asam keping. Tak perlu masukkan gula kerana kuah akan berasa manis dengan adanya ubi keledek. Biar kuah mendidih selama 5 hingga 10 minit.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama-sama mi kuning dan bahan hiasan yang lain.

Inilah dinner kami berdua malam ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.