Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Ahad, 9 Jun 2013

Jalan di Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Lamanya tak bersiarankan???Rindu serindu-rindunya...Byk kerja yg nak diselesaikan so, masa utk main masak-masak tak de...Hari ni hari pertama sesi persekolahan bagi penggal kedua tahun 2013. Ramai pulak cikgu yg tak mai sekolah hari ni. Sumenya p konvo OUM dan ada yg p umrah. Walauapapun yg jadi, cikgu yg ada kat sekolah la kena cover cikgu yg takdak...Tak pe la, ini harikita kena ganti depa, nanti, depa plak yg ganti kita...No hal la...hehehehehe...
Kat sini cma nak ceritakan pasal cuti sekolah yang baru ni. Selalunya cma n Encik Mus bercuti pada hujung tahun, tp kali ni teringin plak nak p bercuti masa tengah tahun. Dalam banyak2 negeri, Terengganu Darul Iman menjadi destinasi kami kali ini.





Untuk percutian 3 hari 2 malam ini, kami telah memilih Hotel YT Midtown Kuala Terengganu. Ianya cuma 5 minit je kalu nak berjalan kaki ke Pasar Kedai Payang. Kalu naik kereta tak sampai 5 minit dah sampai. Dari bilik hotel lagi dah nampak Pasar Kedai Payang ini.
 Hotel YT Midtown Kuala Terengganu ehsan Pakcik Google

Memang selesa dok kat hotel ni. Semua kakitangan melayan tetamu dengan senyuman dan ramah. Kemudahan parking pun disediakan dan memang telah dikhaskan untuk tetamu hotel sahaja dan berjaga. Yang penting ialah breakfast nasi dagang ikan tongkol...ermmm...sedapnyer...nak tambah malu kat bebudak bola sepak team Selangor. Tahan jer la..huhuhuhu...


Selepas breakfast, cma dan Encik Mus terus ke tempat yg telah dihajati, Pasar Kedai Payang. Banyak kedai tak buka lagi, awal lagi la...baru jam 830 pagi. Cma pun tepn la kawan yg dok kat Terengganu ni tanya kul brapa kedai buka. Dia ckp dalam kul 9 pagi baru buka. Pasar basah buka awal la..ermmmm...P jenjalan kat kawasan sekitar dulu la..Banyak betoi kain pasang batik yang boleh tahan harganya.Tetiba, nampak satu butik ni, Batik Hungga. Macam mahal je. Mula2 macam takut nak masuk dalam butik ni (slalunya butikkan mahal)tp, Encik Mus ckp, "kita masuk nengok2 dah ler yang." Cma pun apalagi, bagaikan mengantuk disorongkan bantal la... Semua cantik2 batik dalam butik ni.Harga pun boleh tahan murahnya. Pekerja butik ni bgtau ada diskaun, macam biasala cma ni kan, pantang dengar perkataan diskaun..hehehehehe...mulalah rambang mata dan tangan berjalan2 dalam butik ni... Tapi, sebabkan dah niat nak p Pasar Kedai Payang, maka, "nengok2 dulu la yer, nnt sy datang smula," ayat yg selalu digunakan supaya pekerja kat kedai tak terasa hati. Kami pun keluar dari butik ni dan terus ke tempat yang telah dihajati...

ehsan Pakcik Google

Mahal gak kain pasang batik kat sini. Cma beli keropok kering untuk kengkawan kat sekolah n opis Encik Mus dan kain batik pakai je kat sini. Tak lupa juga fridge magnet batu bersurat, t-shirt Terengganu dan beras nasi dagang..Dah penat berjalan kat Pasar Kedai Payang, Encik Mus ajak p butik Batik Hungga.. 
Rambang mata dibuatnya...Pekerja butik ni plak bgtau,"ada diskaun lagi ni kak." Apa lagi, cma yang sememangnya alergik dengar diskaun ni, mula la kaki dan tangan berjalan. Berkali-kali tawaf dalam butik ni..hehehehehe...

Koleksi baju batik lelaki

Koleksi kain batik pasang yg menggugatkan keimanan


Pekerja Batik Hungga yg ramah


Ini adalah hasil tangkapan hari pertama cma ke Batik Hungga...Hari kedua, malu plak nak bergambar.....
hehehehe...Terima kasih pada adik2 di Batik Hungga melayan kerenah akak yer.In shaa Allah kalu ada rezeki lebih nanti, akak pegi lg yer...muehehehehehe...
Selepas bershoping di bandar Kuala Terengganu, kami ke Muzium Negeri Terengganu.. Singgah makan kepok lekor kat depan muzium dulu. Sedapppnyerrrr....dengan air teh O ais yg diberi percuma... ermmmm... menghilangkan kelaparan dan kedahagaan kami berdua...hehehehe..
Kedai kepok lekor 2K 2L depan Muzium Negeri Terengganu

Dah kenyang perut, kami pun berjalan2 la kat dalam Muzium Negeri Terengganu. Kena bayar rm5 seorang dewasa. Dalam muzium kan tak boleh bergambar, kat tempat boleh bergambar je la kami amik. Jom la layan gambar kami dalam ni.

muka Encik Mus yg kepenatan


 Lepas dah abis melawat muzium, kami ke  Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal..


Semua gambar ni kat Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal di siang hari.
 Nasi goreng ayam ala Terengganu

Nagi Dagang 
Tak masuk pun dalam ni


Masjid Kristal di siang hari

Sebab apa dipanggil Masjid Kristal???Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik. 



Masjid Kristal di malam hari


 Suasana petang di Pantai Batu Buruk
Batu Bersurat di tengah2 bulatan


 Kuala Terengganu Water Front
 
Sebelum bertolak balik, cma berjumpa dengan classmate kat maktab dulu, Kak Linda dan suami., Terima kasih daun keladi Kak Linda sbb belanja laksam dan nasi lemak breakfast kami..Tak lupa juga bagi keropok lekor dan kepok kering yang sangat banyak utk ole2 org Kedah.



Terima kasih daun keladi pada semua org Terengganu samada secara langsung ataupun secara tak langsung yang telah menolong dan melayan kami selama berada di negeri Terengganu Darul Iman ni. Memang puas makan nasi dagang, nasi kerabu dan keropok lekor..hehehehe...."Yang, boleh p Terengganu lagi next time. Duit minyak n duit shoping je, tol tak de,"kata Encik Mus.Ha????bestnyer...dalam hati bini Encik Mus...
hehehehe... In shaa Allah jumpa lagi orang Terengganu di masa akan datang....Tungguuuuu.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.