Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Jumaat, 10 Jun 2011

Main Masak-masak Kek Oren

Assalamualaikum... Salam tengah hari...

Hari ni tak lunch pun, sbb cik donut ada lg. Malas plak nak Main Masak-masak lunch. Tp, tetiba tangan ni terlebih rajin nak Main Masak-masak Kek Oren Blended yang telah menjadi kegilaan ramai kwn2 di KR. Maka terhasil la sebijik Kek Oren Blended yang gebu dan begitu mudah untuk disediakan. Masa penyediaan pun tak lama, kejap je..Resepinya cma amik dari blog Masam Manis, Kak Azlita.Time kasih akak..Cma share resepi kat sini, yea akak Ita yang cantik..




Kek Oren Blended
Sumber : Kak Azlita, Masam Manis


Bahan-bahannya:
1 bji buah limau - parut kulitnya dan campur
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 camb baking powder* ( *diayak bersama )
1 camb orange sunquick

Cara-cara
1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. buah limau kecil2. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3.Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.(Cma guna loyang springform)
4.Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.