Semua kerja rumah dah beres...Cuci kain, jemur kain, siram pokok-pokok di kebun tepi rumah dan kemas rumah.Pagi2 lagi dah bangun, kelentang-kelentung kat dapur. Masakkan breakfast utk Encik Mus.Hari ni kita sarapan Donut Gebus...Resepi dari mak kesayangan.Kiranya, resepi turun-temurun la....
DONUT GEBUS
Bahan2nya:
4 cawan tepung gandum,
1 pek yis
2 sudu susu pekat
2 camb marjerin
1 biji telur
4 sudu besar gula halus
1 1/2 cawan air suam (untuk larutkan gula & yis)
4 cawan tepung gandum,
1 pek yis
2 sudu susu pekat
2 camb marjerin
1 biji telur
4 sudu besar gula halus
1 1/2 cawan air suam (untuk larutkan gula & yis)
Cara2nya:
1. Larutkan gula dan yis dalam air suam dan biarkan yis naik.
2. Masukkan tepung, susu pekat, marjerin, telur dalam bekas.
3. Masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
4. Uli doh hingga lembut
5. Taburkan tepung gandum di atas papan pencanai bagi elakkan doh melekat.
6. Bentukkan donut ikut saiz kesukaan.Biarkan selama ½ jam supaya doh naik.
7. Apabila donut dah naik, bolehla digoreng dan gunakan api yang sederhana.
8. Goreng hingga warna keemasan.
9. Biarkan donut sejuk sedikit dan bolehlah disalut dengan gula ataupun topping feberet.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.