Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Khamis, 9 Jun 2011

Main Masak-masak Japanese Cotton Cheese Cake




Semua org dah buat cake ni, cma pun dah lama buat kek ni, tp, baru la ni masukkan dlm blog, sbb baru buat blog, hehehe...Amik resepi kat KR, macam-macam ada....dah tak ingat sapa punya resepi. time kasih bebyk kat tuan punya resepi...sedap sgt...

Resepinya utk rujukan dimasa depan gak...


JAPANESE CHEESE CAKE

5 keping cheddar cheese
200ml susu segar
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepung kek
70gm butter


Cara-caranya:

1. Koyak2kan cheese kecil2 dan campurkan dgn susu segar. Masak dgn api perlahan, kacau selalu. Masukkan butter,tutup api.

2. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang, masukkan dlm adunan cheese tadi ( 1 ).

3. Masukkan tepung sikit demi sedikit, kacau perlahan. Sekiranya berketul boleh di tapis. Kemudian masukkan adunan meringue tadi. Kaup dan sebatikan adunan.

4.Tuang adunan ke dalam acuan.

5. Letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. Masukkan ke dalam oven yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.(Cma bakar guna oven dapur gas, so, tak turunkan pun suhu, cma balutkan bahagian atas kek dgn aluminium foil utk elakkan dr hangus).


6. Dah masak, sejukkan dan masukkan dlm peti sejuk..Sedap makan bila sejuk2...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.