Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Selasa, 26 Mac 2013

Pandora



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...


Pandora??? Benda apa pulak tu cma???hikhikhik....Tu la persoalannya bila cma tunjuk kat akak2 kat sekolah... Ni la...oooooooooooo........ gelang ker??? Ada jugak ke yg tak tau benda apa Pandora tu??? Kat sini cma nak sharekan benda apa la Pandora ni...

Apa yang menarik mengenai perhiasan wanita ini, penggemarnya membeli bukan kerana bentuk rekaan ‘charms’ itu, sebaliknya memilih ‘charms’ mengikut peristiwa tertentu selain melambangkan personaliti mereka.

Pandora, terutama gelang tangan daripada koleksi Moments yang juga aksesori paling terkenal kerana si pemakai boleh mencipta rekaan gelang tangan mengikut kehendak mereka dengan mengabadikan memori berdasarkan rekaan ‘charms’ yang dibeli.

Setiap ‘charms’ mempu–nyai maksud tertentu buat si pemakai. Ia tidak semestinya dibeli sekali gus, tetapi boleh dimiliki secara berperingkat. Paling luar biasa, sejauh manapun anda mengelilingi dunia, anda tidak akan menemui kembar anda.

Sungguhpun mungkin ada beberapa persamaan ‘charms’, sususan ‘charms’ si pemakai pasti ada perbezaannya.

Membongkar sejarah Pandora, ia adalah jenama barang kemas nombor tiga di dunia bermula di Copenhagen, Denmark pada 1982 hasil usaha sepasang suami isteri yang menjadikannya terkenal di Eropah.

Ia kemudian dibawa ke Australia oleh seorang wanita Denmark dan mula mencipta nama di sana. Begitu juga di Amerika Syarikat (AS) yang turut diperkenalkan warga Denmark yang mengembangkan sayap perniagaannya dan kini jenama ini berada di lebih 40 negara.

Walaupun Pandora kedengaran agak mahal, mereka yang sudah me–ngenali jenama ini memang mudah jatuh cinta. Pandora terutama gelang tangan daripada koleksi Moments yang juga aksesori paling terkenalnya boleh ‘dicipta’ sendiri.
 "Dicipta" sendiri disini bermaksud gelang ni kita sendiri yang create moments kita kat gelang ni berdasarkan charms yang dibeli. Setiap charms ada meanings dia sendiri kepada si pemakai.  So, beli a few charms untuk a few moments. Jadinya, bracelets from Pandora ni bukan sekadar hiasan kat tangan je, tapi mesti ada sentimental values. Tu la istimewanya.
 Sebelum nak letak moments2 charms tu, kita kena beli dulu bracelets Pandora ni. Bracelets ni la yang mahalnya. Tp, cma beli yg silverlah.Sesuai ngan kewangan n nampak classy skit..hehehehe....

Sebenarnya dari tahun lepas lg nak beli Pandora ni, tp, sabar je dulu sbb byk benda yg nak kena settlekan. Masukkan je 2013, terus serbu store Pandora ni..mula2 cma cuma beli 2 je charms ni. Nak try dulu, ok ke tak??? 

Mmg ok la..Kalu pakai bracelets dia saja pun ok gak... tp, cam tak best jer bila tak nampak sgt charms tu, so...apa lagi, buat ayat2  manja n menggoda kat Encik Mus dan dia pun tak tahan godaan bawaklah istri yg comey ni ke store Pandora...hehehehe...tq Encik Mus sayang.... Encik Mus dah warning istri dia yg comey ni, "yang....agak2 ler kalu pilih yer."hehehehe...mendalam betoi... So, skrg ni ada promotion kata salesman Pandora tu, if u buy rm800 above, u can choose 1 glass charm for free...Apa???free??? pantang dengar perkataan free, apa lagi....hehehehe... maka cma grab la 1 ring n 3 charms dan 1 pinky glass charm free.. hehehe...


Memang dari sejak kecik lg cma suka benda2 mcm ni. Kata org Kedah, "manek koran"...hehehe... Maybe, hobi terbaru selain dari beli novel...

4 ulasan:

  1. kalau tak ada promotion, berapa harga silver bracelet and 1 charm paling murah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. utk silver bracelet rm295 and utk charm paling murah rm105.tq

      Padam
  2. macam mne nk cntct?

    BalasPadam
  3. saya pon baru nk start dengan pandora.. jemput ke blog saya pulak..

    i follow u .. follow me back ky :)

    http://izzanyrosdin.blogspot.com/

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.