Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Sabtu, 17 September 2011

Lamanya.....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Lamanya cma tak update Main Masak-masak...Masa amat mencemburui cma yg sememangnya teramat bz.Bz ngan keje, blajaq, hal2 umh n bisnes yg baru nak mula...
Lgpun, cma tak pandai sgt nak berbahasa ni, setakat corat-coret skit2, boleh la..
Walaupun bz ngan keje n blajaq, masak utk Encik Mus tetap seperti biasa.
Ini cheese cake peberet Encik Mus. Dia mintak cma buatkan masa anniversary kami yg ke-6 baru2 ni. Laju je dia mkn..Selalunya dia mintak buatkan rasa lemon, tetiba je kali ni dia minta rasa oren plak.Apa lagi, laju je cma buat, sbb buah oren sentiasa ada dlm peti sejuk kat umh. Maka terhasil lah Orange Cheese Cake..



Orange Cheese Cake

Bahan2 dasar:
1 cawan biskut digestive hancur
1/4 cawan butter cair

Bahan2:
300 g krim cheese
1 cawan susu pekat
1 camt gelatin Halalgel
1/2 cawan air panas
1/4 cawan oren sunquick
sebiji parutan kulit oren

Cara2nya:
1. Cairkan butter dan masukkan biskut hancur. 
2. Gaul rata dan padatkan dalam acuan. Simpan dalam peti sejuk selama 10 minit.
3. Pukul krim cheese sehingga lembut. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
4. Satukan gelatin dan air panas sehingga gelatin cair.
5. Masukkan dalam adunan cheese dan pukul lagi.
6. Akhir sekali masukkan oren sunquick dan kulit oren ke dalam adunan cheese dan pukul lagi.
7. Masukkan adunan cheese yg sebati ke atas dasar biskut td dan simpan semalaman di dalam peti sejuk.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.