Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Isnin, 23 Januari 2017

Selamat Tahun 2017

Assalamualaikum dan Selamat Tahun 2017

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya dah masuk minggu keempat persekolahan sesi 2017. Banyak kenangan pada tahun 2016 yang tidak dapat dilupakan. Banyak juga peristiwa yang hepi dan yang xberapa hepi berlaku.
Semua patut dijadikan iktibar dan sempadan jika ada peristiwa yang tak hepi berlaku. Pada peristiwa yang hepi tu akan jadi kenangan seumur hidup.
Antara kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila ialah sepanjang 9 tahun berada di SK Felda Bukit Tangga. Hari-hari terakhir sesi persekolahan 2016 pelbagai peristiwa berlaku. Biar lah menjadi kenangan terindah di sana. Nanti cma sharekan gambar-gambar hari terakhir di sana yer..
Lagipun banyak jugak aktiviti di tahun 2016 yang cma tak kongsi lagi di sini. Kalau ada masa nanti cma kongsi la yer.
Terima kasih warga SK Batu 8 kerana menerima kehadiran cma di sini. InshaaAllah cma akan berusaha keras untuk memajukan sekolah dan memartabatkan kejayaan sekolah di daerah, negeri juga kebangsaan..hehehhe...dah macam nak pilihanraya je gayanya..

Kenangan di SFBT..Selamanya di hatiku...














1 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.