Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Ahad, 4 Disember 2016

Teknik Menjawab UPSR - Sains Format Baharu

17 April 2016

Format Baru UPSR 2016 dengan penambahbaikan akan mula digunakan bermula 2016. Dipetik dari makluman terkini dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), perubahan Format Baru UPSR 2016 ini membabitkan bentuk dan jenis soalan di mana soalan objektif aneka pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). 

Format Baru UPSR 2016 akan membabitkan enam subjek dengan Bahasa Inggeris akan dibahagikan kepada dua kertas iaitu pemahaman dan penulisan. Ini bermakna pelajar Sekolah Kebangsaan akan menduduki 6 kertas matapelajaran untuk maksimum keputusan cemerlang 6A. Pelajar Sekolah Vernakular pula akan menduduki 8 kertas matapelajaran untuk maksimum 8A.
 Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walau bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.

Format Baru UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan. 

Informasi Berkenaan Dengan Format Baru Peperiksaan UPSR 2016

  • Rombakan atas kertas Bahasa Inggeris kepada dua pecahan iaitu Pemahaman dan Penulisan
  • Rombakan atas kertas untuk mata pelajaran bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kepada dua iaitu Pemahaman dan Penulisan
  • Memasukkan ujian subjektif dan objektif pelbagai bentuk ke dalam kertas pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa berbanding sebelum ini hanya ujian objektif
  • UPSR sebelum ini hanya memerlukan calon menduduki lima kertas iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
  • UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya dan mengutamakan calon menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Berikut dikongsikan Format dan Instrumen Contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016 yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • Format Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris UPSR 2016

format bahasa upsr 2016
  • Format Mata Pelajaran Sains UPSR 2016

format sains upsr 2016
  •  Format Mata Pelajaran Matematik UPSR 2016

format sains upsr 2016 **Sumber www.sistemguruonline.my
 
Oleh sebab itu, pihak sekolah telah menjemput seorang pemeriksa kertas Sains UPSR iaitu Cikgu Suhadar untuk memberi taklimat mengenai teknik menjawab soalan Sains (018) Kertas 1 dan Kertas 2 kepada murid-murid Tahun 6 2016 SKFBT.
 
 Cikgu Suhadar semasa sesi berlangsung






Cikgu Suhadar dan Cikgu Alias (GB). Cikgu Badariah, cikgu Badariah (otai Sains di SKFBT)

UStazah Mahani sebagai penganjur program

Bersama anak-anak Tahun 6 2016 setelah selesai program





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.