Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Sabtu, 26 Disember 2015

Jalan-jalan di Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Ceria

Minggu ini merupakan cuti yang amat panjang bagi Encik Mus, suami cma. Dia baru nak bercuti tp bini dia ni dah nak start sekolah. Macam tu la kalau cuti tak sama. Tp ok jugak sebab boleh p jenjalan. Asalkan boleh jenjalan, ok je. Semalam cuti umum sempena Sambutan Maulidur Rasul. Memang dah plan dengan Encik Mus nak p naik Bukit Bendera. Kesian kat dia sebab dia tak penah naik Bukit Bendera lagi. Seawal jam 5.45 pagi kami dah gerak.Kemudian singgah untuk solat Subuh di Plaza Tol Jitra. Selesi solat, kami bertolak terus ke Penang untuk mendaki Bukit Bendera. Dalam perjalanan, kami hanya minum kopi dan makan roti je. Saja nak simpan perut ni sebab nak p makan nasi ikan bawai nanti..hehehhee...
Kami sampai je kat Bukit Bendera dalam jam 8.30 pagi sebab jalan tak berapa sesak cuma cari jalan  tak jumpa. Rupa-rupanya dah ramai orang kat sana.


     Cuti berganda kan memanglah orang ramai. Tapi takpe sebab masih awal lagi. Ada yang dah turun pun dari atas. Cuma masa nak beratur untuk beli tiket je ada kecoh skit. Bukan kecoh apapun. Masa nak beli tiket kena tunjuk mykad untuk dapatkan harga warganegara RM10. Yang nak naik 10 orang yang p membeli tiket tu sorang. Mykad tak amik dari setiap orang, memang kecohlah jadinya. Dok panggil2 yang lain minta mykad, tp semua itu di bawah kawalan. Ingat yer, kalau nak naik Bukit Bendera kena tunjukkan mykad barulah dapat harga warganegara. Kami beratur sebelum naik train dalam 15 minit. Ok la kan sebab masa tak panjang sangat. Sambil beratur tu boleh jugak nengok dan baca sejarah Bukit Bendera yang ditunjukkan di dinding-dinding dan tayangan video.

landasan kereta api


Pemandangan dari Bukit Bendera



Antara bunga-bunga yang tumbuh mekar di atas Bukit Bendera

Masjid Bukit Bendera berada di atas sekali
 
Berehat sebentar


Selepas kami turun dari Bukit Bendera, destinasi seterusnya adalah Rumah P. Ramlee. Dengan menggunakan waze, tak sampai 15 minit kami sampai ke destinasi yang dituju. 
 
 
 
Dari luar Rumah P. Ramlee

Encik Mus berehat di beranda  rumah
 
Merenung ke luar jendela

Lepak di bawah rumah. Kalau ada ayaq kopi ngan cucoq tepung sedap ni. Di belakang tu adalah basikal kesayangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee


Dah selesai melawat Rumah P. Ramlee, misi mencari nasi ikan bawai goreng pulak. Dah lama kami tak p makan kat sini, tak tau la samada kedai ni wujud ke tak? Kita mencuba nasib je la sayang.Kalau ada, adalah rezeki kita dan kalau takdak, kita makan kat mana2 je la. Cma ikutkan je. Alhamdulillah kedainya masih beroperasi. Maaflah tak dak gambaq kedai dan makanannya sebab lapaq sangat, jadi takdak la gambaqnya..hehehhe... Itu pun cma perasan bila dah keluar dari kedai makan ni. Lupa nak amik gambaq sebab lapaq. Walauapapun, kena mai awai sebab nanti jenuh tunggu ikan bawai masak. Makcik ni akan goreng ikan jika ada permintaan. Jadi, kita akan makan ikan bawai goreng yang panas dengan kuah gulai bendi yang sangat sedap ditambah pula dengan sambal belacan dan kicap.Memang terangkat lah..Boleh try nanti ye.

Jom kita balik. Bai-bai Penang. Nanti cek mai lagi na...







Rabu, 23 Disember 2015

Apam Yogurt

Assalamualaikum dan Salam Ceria

Mesti terkezutkan? Harini rajin plak cma updatekan blog ni.hehehhe...Takdak keja la tu. Ada keja tp sambil-sambil la kan? Orang perempuan ni boleh buat banyak keja dalam satu-satu masa. Betoi kan? Untuk minum petang harini cma telah merajinkan diri membuat apam yogurt ni. Ada yang panggil apam senyum sebab lepas masak je nampak apam ni tersenyum mekar je. Sama je bahan-bahan dia pun cuma nama je lain. Tak kisah la nama apapun, asalkan sedap rasanya dan kejadian dia cantik..hehehhe...
Sebenarnya dah banyak kali cma buat apam ni dan nak letak jugak lagi resepinya di sini. Jom intai-intai, kot-kot nak mencuba nanti.

APAM YOGURT

Bahan2:
1 1/3cawan gula castor (kalau resepi lama cma guna 1 1/2 cawan)
1 camt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 camt double action baking powder (kali ni cma guna baking powder biasa je)
1 camt serbuk koko (tak guna)
1 camt pes coklat

Cara2nya:
1. Campur semua bahan di atas dalam mixer.
2. Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya.(guna high speed)
3. Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
4. Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan pes coklat, gaul sebati.
5. Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
6. Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
7. Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup.
*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh  jem atau filling dan pewarna kesukaan
*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.
 
 
SELAMAT MENCUBA

Muffin Cip Coklat

Assalamualaikum dan Salam Ceria

Siaran tertunda lagi. Muffin cip coklat ni paling best dan paling sedap. Simple dan mudah disediakan. Bahan-bahannya pun memang dah ada kat umah. Dah tak ingat amik resepi ni kat mana. Minta halalkan la yer akak sebab dah lupa sapa punya. Jom nengok resepi muffin montoks ni.


Muffin Cip Coklat

Bahan-bahannya;
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 camt baking powder
1camt soda bikarbonat
secubit garam
1 cawan susu segar
1 biji telur
1/3 cawan minyak jagung atau minyak masak
1 camt esen vanila
1/2 cawan cip coklat

Cara-caranya;
1. Panaskan oven 170C.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ketepikan.
3. Masukkan susu, gula perang, telur, esen vanila dan minyak dalam blender dan blend sehingga gula hancur.
4. Masukkan adunan dalam blender td ke dalam bahan kering dan kacau hingga sebati guna senduk kayu. Jangan kacau lama nanti muffin akan keras.
5. Isikan 3/4 adunan ke dalam acuan muffin  dan taburkan cip coklat.
6. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.



SELAMAT MENCUBA

Peknga Jagung Manis

Assalamualaikum dan Salam Ceria

Resepi tertunda lagi. Peknga atau Penkek jagung yang sedap dan lazat dimakan begitu sahaja.hehhee... Jagung manis kalau rebus cam tu pun ok. Kalau buat peknga lagi la ok kan? Boleh je nak makan waktu bila pun, pagi ke, tengahari ke, petang ke, malam pun boleh. Untuk buat  peknga atau penkek ni cma guna resepi yang sama macam penkek yang penah cma buat cuma tambah jagung je la. 

Sedap makan dengan teh o lemon


Jom nengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat peknga jagung.

Peknga @ Penkek Jagung Manis

Bahan-bahan;

1 tongkol jagung manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar 
1/3 cawan susu pekat
2 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 camb marjerin 
1 biji telur
secubit garam

Cara-caranya;

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar sampai sebati.
2. Masak guna non-stick pan sebab tak perlu letak minyak dan tak melekat.
3. Boleh juga makan bersama-sama madu atau apa2 je yang disukai. 

Cma lebih suka makan kosong macam ni sebab dah manis kan. Kemanisan ikut citarasa sendiri. Kalau nak manis tambahkan lagi sikit susu pekat tu. 

SELAMAT MENCUBA


Pandora vs 916 Tomei

Assalamualaikum dan Salam Ceria

Semua perempuan sukakan kecantikan. Tipulah kalau perempuan tak suka cantik kan? Macam-macam cara orang buat untuk nampak cantik. Melalui pakaian, aksesori juga alat solek. Bagi cma, kecantikan itu bermula dari dalam. Kalau dalaman  kita ada perasaan yang kurang elok, maka ianya akan terpancar di wajah kita. Betoi tak?Pakai p la baju harga ribu riban, makeup tebal 2 3 inci tp kalau ada perasaan yang tak elok kat dalam tak guna juga. Biarlah pakaian kita tu sederhana tetapi kecantikan kita terserlah. Saje nak ingatkan utk diri sendiri je.
Sebenarnya cma nak share tentang gelang emas 916 ala2 Pandora.hehehe... Pandora tu kan nama brand. Macam Tomei la jugak. Brand Tomei, Poh Kong, Wah Chan dan macam2 lagi lah nama. Pandora ni kan ada bangle ataupun rantai tangan yang diletakkan dengan charm ataupun loket rantai. Charms ni boleh juga buat loket rantai. Sememangnya charm ni bersifat camtukan. 
Taknak la nak cerita banyak sangat pasal gelang ala2 Pandora ni. Terus je nak cerita pasal gelang yang cma ada ni. Bukan nak riak atau menunjuk tp cuma nak share dengan kawan-kawan yang ada minat yang sama. Boleh bertukar-tukar pendapat. Ye tak??? Lepas je Pandora yang dibawakan oleh Habib Jewels ni berleluasa di seluruh alam buana ni, cma dok tanya-tanya jugak kot-kot ada emas 916 yang keluarkan patern yang sama dengan Pandora ni. Nak beli emas Pandora memang tak mampu la. Bangle je pun RM7k. Mana lagi nak beli charms, memang kena kumpul duit dulu la nampaknya. Lambat sangat. Pada pertengahan tahun 2014, kalau tak salah masa bulan puasa cma ada p kedai Tomei. Saje la nak servey gelang emas baharu, nak pakai raya. Bila masuk je kedai tu, tanya salesgirl kat situ, "dik..ada tak gelang mas ala2 Pandora?" Salesgirl cantik yang cma tanya tu nama dia Ermida. "ada kak, meh la tengok." Dalam hati,"hahahahaha...susah keluar satu tanduk." Encik suami geleng kepala je. Hehehe... Wow.. cantik2 charms dia, tp pattern tak banyak sangat sbb katanya lagi, amoi-amoi ramai yang mai beli. boleh dikatakan tiap-tiap minggu amoi-amoi ni mai beli.ooo...alkisahnya.
Setelah pilih punya pilih, cma pilih satu bangle yang harga dia masa tu RM1400 (bangle yang paling kecik sbb tangan kecik.nasib baik tangan kecik, dapatlah yang murah) dan charms 3. setiap satu charms RM180 hingga RM200 je.Murah la sebab masa tu harga emas murah. CUba sekarang ni... Bila dah pakai tu rasa cam ciwi sat,kata orang Kedah. Lepas tu, kalau ada duit lebih sikit jer dan kena dengan harga emas yang murah, cma mesti ajak encik suami p beli charm untuk tambah koleksi. satu pun ok asalkan ada. Bila dah setahun lebih ni ada la skit-skit. Lagipun banyak komitmen yang lebih penting kan. Baru-baru ni satu patah sbb tersangkut kat towel, abakus. Tak p baiki lagi sebab takut tak tahan godaan bila sampai dlm kedai..huhuhuhu...

Hasil selama setahun

Di sekolah, cma share hobi ni dengan kerani sekolah, Kak Aida. Dia pun ada minat yang sama. Kadang-kadang dia yang bagitau apa pattern baharu yang ada, kadang-kadang cma bgtau dia. Tapi sekarang ni dah banyak yang emas celup. Tak pe la, asalkan semua dapat merasa pakai gelang ala-ala Pandora ni. Kalau ada yang share boleh la.nanti kita chatting yer.
Nak bgtau lagi sekali. Cma bukan nak menunjuk tp nak share kot2 ada kawan-kawan yang berminat tapi tak tau nak cari kat mana. Tak semestinya terus beli bagi penuh gelang kita tu. Beli sikit-sikit la, lama2 jadi bukit. Kalau nak pakai bangle saja pun ok. Charms yang banyak-banyak tu boleh jugak buat loket rantai.

Selasa, 22 Disember 2015

COngo Bars Sedap

Assalamualaikum dan Salam Ceria

Sebenarnya dah lama cma buat congo bars ni tapi tak sempat nak upload kat sini. Banyak sangat kerja yang nak diselesaikan. Cuti-cuti sekolah pun banyak kerja. Malas nak taip panjang-panjang, jom kita nengok congo bars yang mudah dan sedap ni . Resepi ni cma amik kat dapur Selera Sakura. Terima kasih dan cma copy kat sini yer kak..

Congo Bars Sedap

Bahan-bahannya;
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang (cma guna 200 gm sahaja)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa-apa kekacang - optional (cma letak walnut)
Kepingan badam untuk taburan - optional
Coklat cip untuk taburan
 


Cara-cara membuatnya:
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kacau rata menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  8. Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.



SELAMAT MENCUBA