Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Rabu, 9 September 2015

CUCOQ JAGUNG

Assalamualaikum dan Salam Ceria

Harini nak cerita pasal cucoq jagung. Dah lama tak cerita pasal main masak-masak kat sini.  Alkisahnya ada kebun jagung tepi kawasan perubahan cma ni. Tiap2 hari balik sekolah lalu mesti ada orang singgah beli jagung kat kebun ni. Dok pikiaq2 dalam kepala ni, mesti murah jagung kat sini. Pada suatu hari semasa balik dari sekolah, cma nampak longgokan jagung di atas meja jualan. cma pun singgah la. Memang murahhhhh...20 tongkoi jagung cuma RM8.00. Murah la kot kan? Sebab tu ramai yg singgah. Makcik yang jual tu cakap, "baru petik jagung ni.nasib baik mai awai.ni pun ada yg booking dah." Dalam hati. Alhamdulillah...rezeki anak.hhhehe.. Maka jadilah cucoq jagung. Cucoq jagung ni cma buat 2 versi. satu versi manis dan satu lagi versi masin. Versi manis tu letak gula dan versi masin letak garam...hihihihihi..
Jom intai-intai resepi yang mudah ni.

Cucoq Jagung Versi Manis

Bahan-bahannya;
1 cawan tepung gandum
2 keping roti - rendam dlm air
1/2 cawan air
1 tongkol jagung
1 camb gula
sikit garam
minyak untuk menggoreng

Cucoq Jagung Versi Masin

Bahan-bahannya;
1 cawan tepung gandum
2 keping roti - rendam dlm air
1 tongkol jagung
1/2 bawang besar Holland - cincang
1 biji cili merah - cincang dan buang biji
1 biji cili hijau - cincang dan buang biji
sedikit garam
1/2 cawan air
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya;
1. Campur semua bahan (kalau buat versi masin campur semua bahan versi masin lah begitu lah sebaliknya) kecuali minyak.
2. Gaul sampai sebati. Jika bater keras tambahkan sedikit air. Ini kerana kualiti tepung mempengaruhi sukatan air.(macam jawapan soalan sains tahun 6 je..hehehhe)
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sampai garing.
4. Angkat dan toskan.
5. Sedap dicicah bersama-sama sos.




Ahad, 6 September 2015

Assalamualaikum dan Salam Ceria

Minggu ini adalah minggu peperiksaan. Minggu yg sangat sibuk untuk semua guru dan murid-murid. Moga semua anak-anak murid cikgu dapat jawab dengan sempurna dan baik. Baca soalan dengan betul dan fahami dengan sefaham-fahamnya. Jangan cuai dan jangan kelam kabut. Masa yang diberikan cukup untuk kamu semua jawab.
Semoga berjaya semua anak-anak cikgu.