Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Selasa, 20 November 2012

Buttercream Roses Class


Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Seharian hari ni cma hadiri kelas buat bunga rose guna buttercream...Lenguh tangan tapi best. Pada mulanya rasa stress sgt sbab nak buat kudup bunga tak jadi.Almaklumlah tangan keras...Tp, berkat kesabaran cikgu Nurul Naim, akhirnya cma dapat hasilkan bunga rose yg sangat cantik dan comel..puji diri sendri ler... Terima kasih juga buat tuan tanah kedaong, Kak Najah Farahin yg byk membantu dlm penghasilan idea susun atur bunga...Bukan senang nak buat rupanya, patutlah mahal kalu tempah kek bunga2an yg banyak cenggini...

ini hasil kerastangan cma..santik tak????






idea kreatif peserta kursus hari ni..

Terima kasih daun keladi pada cikgu Nurul Naim dr Sg Petani..

tuan tanah kedaong memberi markah hasil pd hari ini...jgn marah yer kak Najah Farahin


Terima kasih pada semua peserta kursus kerana telah memberi komitmen yg sangat baik sepanjang kursus hari ini. Tidak lupa pada Kak Najah Farahin dan cikgu Nurul Naim yg sangat baik hati dan sabar melayan kerenah akak ni...

Isnin, 19 November 2012

Puding Roti Pelangi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah..Syukur pada Allah kerana keputusan UPSR 2012 telah mencatatkan kejayaan yg cemerlang, gemilang dan terbilang pada tahun ini. Tahniah kepada semua guru yang terlibat..Tahniah juga kepada semua murid Tahun 6 2012 SKFBT dengan kejayaan ini..Cikgu bangga dengan kamu semua..
Semalam cma ada buat Puding Roti Pelangi. Resepi ni cma amik dari dapur Kak Azlita Aziz yg cantik.Tq akak sudi sharekan resepi yg sedap ni...Selalunya tak sempat nak buat puding sbb roti cepat habis bila hari sekolah, tapi kali ni ada pulak lebihan roti sbb cuti sekolah..hehehe...Barulah ada kesempatan buat.

 
amik idea potongan daripada CMG


Puding Roti Pelangi
amik dari dapur Kak Azlita Aziz

 Bahan2:
7gm agar-agar serbuk
300 ml air
1biji telur
1 tin susu cair 
3 sudu makan susu pekat manis
3 keping roti
3 sudu gula 
1 sudu besar sunquick 
1 sudu teh pate lemon
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hijau, merah, purple, biru
 
Cara2nya;
1. Masak agar-agar dgn air dan gula hingga agar-agar dan gula larut
2. Kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat manis dengan menggunakan blender hingga sebati.
3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar dan terus memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau hingga mendidih.
4. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
5. Tutup api dan masukkan paste lemon dan kacau rata.
6. Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah diasingkan
7. Baki adunan yang tidak diwarnakan tadi, di tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dahulu dengan air dan ketepikan.
8. Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan titiskan atas puding dalam loyang tadi secara berselang seli antara satu warna dengan warna yang lain. Buat hingga habis
9. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.


Ahad, 18 November 2012

Portuguese Egg Tart

Assalamualaikum dan selamat petang...

Masak apa utk minum peyang ni??? Tekak ni tetiba nak makan Portuguese Egg Tart. Resepi ni cma amik kat Daur Tanpa Sempadan.Tq yea CMG sudi sharekan resepi.  Sememangnya resepi dari CMG ni kaya dengan cheesenya dan erm......bertambah2 kembang la badan yg semakin mengembang ni....hehehehe...Jom la nengok resepi dan hasilnya. Walaupun tak berapa cantik dan kemas, tp puas hati sebab buat sendiri.





Portuguese Egg Tart 
Resepi dari CMG

Bahan2;
Puff pastry jenama 'KAWAN' secukupnya
2 kuning telur
200 ml whipping cream* 
50 ml air *(*mat ganti dengan susu segar 250 ml) cma gantikan air dgn susu segar
40 gram gula halus
15 gram cream cheese (atau 1/2 keping keju cheesedale) cma guna sekeping keju keping
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
1 - 2 titik pewarna kuning
Cara2nya;
  1. Satukan whipping cream, air (@ susu segar) dan gula, kacau rata dan masak hingga suam. Sementara itu kacau kuning telur hingga rata. Tuang 1/3 bahagian susu suam tadi dan kacau pantas hingga rata. Tuang lagi hingga habis dan kacau hingga sebati. 
  2. Masukkan kembali ke dalam periuk, dan masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga pekat. Matikan api, masukkan cheese dan esen vanilla, kacau rata hingga sebati dan sejukkan.
  3. Puff pastry dicanai sedikit dan alas dalam acuan tat pilihan anda kemaskan. Tuang bancuhan telur hingga hampir penuh dalam setiap acuan. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan tat telur kental. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan...

Sabtu, 3 November 2012

Kek Raya Haji 1433H


Kek yang sempat dibuat sempena Raya Haji  minggu lepas.

Kek Red Velvet Tanpa Telur

kek ni rasa moist sikit mungkin  takde telur kot...

Muffin Coklat with cream cheese topping.
yang takde topping utk ayahandan dan bonda

Blueberi  Tiramisu

Kiwi Cheese Tart n Strawberry Cheese Tart









Kek Besday saya...

Assalamualaikum....

Lama tak memblogkan??? Banyak perkara yg berlaku sejak kebelakangan ni. Macam2 berita yang diterima sekaligus membuatkan cma dan Encik Mus begitu sibuk sekali... Semua perkara yang berlaku di dalam minggu pertama dan kedua bulan Oktober, nikan minggu besday cma..Mana nak siapkan kek utk kengkawan di sekolah, nak uruskan perkara2 yg urgent..memang memenatkan dan teramatlah bz..
Cma sempatlah siapkan kek utk kawan2 di sekolah walaupun pada hari kejadian (17 Oktober 2012) cma takde kat sekolah, tapi, semua kengkawan dapat merasa air tangan cma yg tak seberapa ini.





 Memang bila tiba tarikh 17 Oktober setiap tahun, jika ada rezeki lebih, cma akan sharekan dengan kwn2 kat sekolah, cuma tahun ni je rasa ralat sikit sbb takdak kat sekolah. Daripada  feedback yg cma dapat dr akak2 kat sekolah, semuanya berpuas hati dengan buah tangan cma ni...




Terima kasih pada Kak Lyza sbb sanggup terima parcel jam 3 pagi dan sudi bawakan ke sekolah.hehehe..

Rainbow Cake In Jar
Resepi : Chef Zubaidah
inspirasi : Kak Juicy Cafe

Bahan2
250 gm tepung sponge mix
50 gm air
1 camt ovellete
5 biji telur
50 gm minyak masak ( cma letak minyak jagung )
1 camt pes oren ( cma letak pes ikut kaler kek )
sedikit pewarna ( cma letak ikut perasa )

Cara2nya:

1. Campur semua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali minyak, pewarna dan pes.
2. Pukul gunakan high speed sehingga pekat (meringue).
3. Masukkan minyak dan balik kaup guna spatula.
4. Bahagikan kepada 6 bahagian  dan masukan setiap bahagian dengan  pes yang berbeza dan warna.
5. Masukan adunan ke dalam piping bag supaya senang nak masukkan dalam botol nanti.
6. Paipkan sedikit sahaja adunan berwarna ungu, kemudian diikuti biru, hijau, kuning, jingga dan merah. Jangan masukkan adunan tebal, nanti kek akan mengembang memenuhi botol.
7. Masukkan dalan oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180oC. Gunakan kaedah 'waterbath'  iaitu air panas di dalam loyang dan balang berada di dalamnya. Bakar selama 30 minit atau hingga masak..
8. Sejukkan kek baru masukkan krim cheese di atasnya dan hias ikut kreativiti sendiri.