Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Khamis, 27 September 2012

Piza Hot di hari sejuk


Assalamualaikum .....

Sejuknyer.... bila cuaca sejuk, perut pun minta2 je nak isi. Petang tadi  Encik Mus ada belikan untuk dinner kami iaitu Laksa D' Adna Kuala Perlis. Makan pun dalam jam 7 ptg tadi. Lepas maghrib, Encik Mus tanya, "Ada apa boleh makan?" memang ayat familiar kalu dia lapaq.. Cma buat2 tak dengar je. Lepas solat, dia tanya lagi, "Nak makan apa mlm ni?" Dengan perasaan yg malas, cma pun godek2 lah kat dapur ijau. Dia tanya lagi, "nak tolong ker?" "Tolong potong bawang, tolong defrost roti piza, tolong ni, tolong tu, bla..bla..bla.." Sian pulak nengok muka dia. "Abg p nengok berita, biar i buat sorng," Dengan senyuman yg menggoda (yer ke menggoda???) Encik Mus pun pegi nengok berita..

15 minit selepas itu...

Tadaaaa....


Dah siap pun Piza Hot di hari sejuk. Piza ni simple je, cma guna roti piza segera, letakkan sosej, fillet ketam, mix vege dan sos2 piza.Tabur cheddar cheese dgn mozarella cheese. Letak mayonis tabur oregano skit sbb Encik Mus suka bau2an Italian ni..hehehe...  
Alhamdulillah... Kenyang perut Encik Mus mlm ni, bolehlah tdo dengan lena dan nyenyaknya sbb hujan lebat kat luar rumah...REsepi??? Malu la nak masukkan, simple sesgt... Jom jamu mata....ZZzzzzzzz.......
 


Isnin, 24 September 2012

Oreo Cheese Cake in jar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Lama jugak tak mengupdate blo ni. Sibuk skit semenjak dua menjak ni..selalu sibuk tak penahnya tak sibuk cma ni...hehehe.. Kursus KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) untuk guru Tahun 3 2013 sudahpun bermula.Dengan ini, maka cma pun menyibukkan diri jugalah.. Dahlah sentiasa sibuk mengalahkan guru besar (selalunya perdana menteri, kali ni tukarlah), ni cuba menyibukkan diri pulak. Macam biasalah, bila perubahan kurikulum, maka banyak benda baru dan perkara yg akan kita buat. Pada zaman KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah), prestasi murid diuji dengan ujian dan peperiksaan. Bila kurikulum dibuah menjadi KSSR, ujian telah dimansuhkan dan digantikan dengan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) bagi tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dan PBP (Pentaksiran Berasaskan Pusat) untuk tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6). UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) juga akan dimansuhkan.
Sekarang ni bila ibubapa bersembang dah tak dengar soalan "anak hang dapat nombor brapa?", "brapa A anak hang dapat?" yang slalu kita dengar ialah "Dah band brapa anak hang la ni?" Ini menunjukkan bahawa ada transformasi yg ditunjukkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 
Dah penat berceloteh pasal keje, skrg kita sembang pasal masak pulak. Petang semalam ada kawan Encik Mus nak datang rumah dan cma pun dengan rajinnya balik dari kursus buat la cake in jar ni...Dah lama p kelas Chef Zubaidah, tp, sbb cari balang ni tak jumpa, lupakanlah sajeee... Sebenarnya tak jumpa lagi balang  ni, tp," amik je balang yg beli kat IKEA tu, dia dok tdoq lama dah dlm stor, kesian kat dia,"kata Encik Mus. Dengan rajinnya, Encik Mus tolong amikkan dari dalam stor,, sebab apa rajin???Sebab kawan dia nak mai ler... Td pun ada bawak ke sekolah skit utk akak2 kat sekolah rasa. P kursus pun sempat lagi p sekolah kan???Nak buat camna.....
Untuk cake in jar ni, cma tak bakar pun sebab kaedahnya cuma sejukkan jer...Simple dan Sedap.. Jom kita nengok hasilnya....

errmmmm.......

Oreo Cheese Cake in jar
Resepi amik dr Chef Zubaidah
Diolah oleh cma

Bahan2:
biskut Oreo (buang intinya dan hancurkan) - cma beli yg dah siap hancur
500 g cream cheese
250 g susu pekat (cma letak 200 g)
500 g krim
1 camb lemon sunquick
200 g coklat compound
200 g krim 
filling peberet - cma guna filling blueberi dan strawberi

Cara2nya;
1. Panaskan krim (200g) hingga mendidih. Padamkan api dan masukkan coklat compound, kacau hingga cair dan sejukkan.
2. Pukul krim (500g) sehingga pekat dan ketepikan.
3. Pukul cream cheese hingga lembut dan masukkan susu pekat dan pukul lagi.
4. Masukkan krim  sikit2 dalam adunan cream cheese sambil dibalik kaup guna spatula.
5. Bahagi 2 adunan, satu letak lemon sunquick dan satu lagi masukkan  adunan coklat compound tadi.
6. Masukkan dalam piping bag supaya senang utk masukkan adunan ke dalam jar.
7. Sediakan jar / balang yg comel.
8. Masukkan 2 camb Oreo hancur dan hentak2kan supaya padat.
9. Masukkan adunan cheese lemon, adunan cheese coklat dan buat sehingga beberapa lapisan yg disukai ataupun sehingga penuh jar / balang.
10. Atasnya, kalu nak letak Oreo hancur pun ok, filling macam cma pun ok, coklat rice pun ok, pendek kata, ikut kata hati la...
11. Tutup balang dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
12. Bangun pagi dah boleh mkn. 
 
bersama Chef Zubaidah

lapisan yg umphh...





Sabtu, 15 September 2012

Puding Cheese Oreo

Assalamualaikum dan Selamat Hari Malaysia...

Rajin pulak cma mengupdate hari ni. Bukannya tak dak keje byk sgt keje yg nak dibuat, tp, buat 3, 4 minit dah menguap...camna???tak dapek nak nolong ehh... Lagipun di luar tu mendung je.Baru beberapa minit cik Matahari menunjukkan wajah, cik awam pun sibuk nak halang dia keluar..Cuaca pun sejuk jer...Perut berdondang sayang, tekat pun nak makan jer... Dengan perasaan yg teringin nak mkn puding cheese oreo dan dengan perasaan yg tak berapa rajin, masuk dapur hijau dan godak lah apa yg patut.
Sebenarnya resepi ni dah lama cma amik kat sini, tapi lupa plak nak buat sebab banyak sgt resepi yg sedap2. Bila dah kak eita buat barulah terasa nak buat. Cerita pasal puding cheese oreo ni, hari Khamis baru ni akak eita kesayangan bawak ke sekolah. Resepi yg cma amik ni tak letak oreo pun, tp kak eita letak dan tersangat la sedap...  Ermmmm....nikmatnya.. Bila makan je, nak lagi...nak lagi...dan nak lagiii...tp malu plak sbb rasanya cma yg paling byk makan. Stop la walaupun tekak ni dok panggil2 je puding ni. Bagi la kat org lain rasa sama...huhuhu...
Maka, dengan tak berapa nak rajin berpuding2 ni, cma pun buat la.Kak eita janji nak bawak lagi hari isnin ni...huaaaa.....lambat lagi la.Esk cuti lagi...bila nak boleh mkn ni????..Kebetulan semua barang ada kat rumah, jom kita huru-harakan dapur hijau...

 
Puding Cheese

Puding Cheese Oreo
Amik kat  umh Kak eita

Bahan2:
13 g serbuk agar-agar (Ita guna 11g) - cma letak 11g gak
1 liter air
120 g gula (Ita letak 130) - cma letak 100 jer
3 biji telur
120 - 150 g Biskut Cheese - blend halus (Ita guna 100 g sahaja sebab biskut tak cukup... hehehe)
1 tbs tepung kastard
400 ml susu cair (Ita guna fresh milk) - cma guna fresh milk gak
200 g susu pekat (Ita guna 2 tbs sahaja)
50 g buttercup
sedit biskut oreo dibuang creamnya - mmg kena letak banyak sebab sedapppp

Cara2nya;
1. Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga hancur.  Kacau selalu.
2.Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
3. Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastard.
4. Masukkan susu dan kacau sebati.
5. Tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi dan tutup api apabila mendidih.
6. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati.
7. Tuang ke dalam loyang atau acuan... Ita layerkan dengan biskut oreo.  Susun biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapis.  Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik..(cma buat dlm acuan kecik dan dlm acuan besar). Separuh letak oreo dan separuh lagi tak letak.
8. Sejukkan sebelum dihidang...



lapisan oreo dalamnya...



Jahit Manik

Assalamualaikum...

Cma nak kongsi hobi yg slalu cma buat dulu tapi skrg dah jarang2 buat. Dulu bila ada kelapangan je, mesti cma buat hobi ni, tp skrg dah jarang2. Bukannya apa, bila dah semakin tua ni, byk la pula deria yg ada pada kita ni semakin lemah dan berkurangan fungsinya..hehehe...(nasib baik mengaku dah tua)..
 



 Cma sukakan corak yg simple dan mudah nak cuci. Kalu dah sarat dengan manik dan labuci, nak iron dan nak cuci pun susah. Sapa yg susah???tuan punya baju ler. Tak amik tempahan pun, buat suka2 dan syok sendri dengan baju sendri  jer. Tp, kalu dah gian sgt nak jahit, sangup amik baju mak kat umh dia pastu jahit manik...hehehe...Sebab pe amik baju mak???sebab baju cma dah tak de nak jahit lagi dah..


Jangan heran la sebab byk patern yg sama. Macam dah cakap tadi, cma suka yg simple dan mudah. Asalkan baju cma semua ada jahit manik..hehehe....Ada jugak org macam ni kan???Bini sapa la ni???...


ini baju akak kat sekolah 

 yg ni asalnya takde gantung2, tp last minit jahit sbb nak p kenduri 
cousin kawin kat Kelantan...




 baju ni plak siapkan pd mlm raya 2008. 
punya nak pakai hari raya, kui 2.30am baru saip..


yg ni plak baju raya 2010. mmg dah plan nak jahit corak ni, 
jadi siap sebelum posa lagi...hehehe..xcited


Laksa Kedah

Assalamualaikum...

Masak apa utk makan tengah hari ni? Cma masak laksa  Kedah je ari ni. Encik Mus ada kuliah, malas nak masak byk2. Masak yg simple dan kenyang sudah ler...ayat org malas..hehehe.. Lagipun pagi tadi dah mkn nasi goreng permata. Permata ker???Takdak pun..Mix vege tu kira permata laa..
Tengahari ni kita pekena Laksa Kedah pulak. Jomm..slrupp..slurpp.slurpp..

 Nasi Goreng Permata

Laksa Kedah


Laksa Kedah

Bahan2:
1 kg ikan kembong   - guna ikan apa2 pun boleh
15 biji cili kering - buang biji dan rebus
8 biji bawang merah
2 biji bawang besar
1 inci belacan bakar - cma tak letak 
6 keping asam keping
1/4 cawan air asam jawa
daun kesum
bunga kantan
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Hiasan;
laksa kering - direndam dan direbus hingga lembut
telur rebus
timun
bawang besar
daun selom - kalu tak suka guna daun salad pun ok
limau nipis - limau kasturi pun ok
cili padi atau cili merah

Cara2:
1. Rebus laksa hingga lembut.
2. Rebus ikan bersama 2 keping asam keping dan garamm hingga ikan masak. Toskan ikan daripada airnya dan jangan buang airnya.
3. Asingkan isi ikan daripada tulangnya dan kisar bersama air rebusan tadi. Masukkan ke dalam periuk. Kisar juga tulang ikan dan tapis untuk dimasukkan ke dalam periuk.
4. Masukkan bawang besar, bawang  merah, cili kering dan belacan bakar (cma tak masukkan pun) ke dlam mesin kisar dan kisar hingga halus. masukkan dalam periuk tadi.
5. Masukkan asam keping, daun kesum, bunga kantan, gula garam dan air asam jawa ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
6. Bila dah masak padamkan api dan bolehlah dimakan bersama laksa yang direbus dan ulam-ulaman tadi.
SELAMAT MENCUBA...

 Inilah lunch cma utk hari ni...


Jumaat, 14 September 2012

Apam Comey Untuk Bakal Haji 1433h

Assalamualaikum...

Semalam cma dapat jemputan ke rumah kawan yg merangkap family angkat masa dok Langkawi dulu. Kenduri ini dibuat utk bacaan Yaasin utk mereka berangkat menunaikan ibadat haji pada tahun 1433h ini. Sebenarnya, masa cma keje di Langkawi keluarga kawan ni lah yg byk menolong cma dalam kesusahan. Budi mereka sekeluarga tak mungkin cma lupakan sampai bila2. Terima kasih Fadhillah dan famili, segala jasa baik takkan dilupakan sampai bila2.
Terharu sangat semalam masa berjumpa dengan mak Fadhillah ni, rupa2nya dia rindu dengan cma sebab dah lama tak p menjenguk mereka. Banyak keja la makcik, maafkan cma dan Encik Mus yea. Bila dah sampai dan dok bersembang2, baru dia bagi tau."Lega bila cma dngan mus mai nengok makcik.Rasa lapang ja dada ni." Rasa serba salah yg amat sangat dlm hati ni. Selalunya setiap kali hari raya, cma akan melawat mereka sekeluarga, tapi, raya tahun ni tak sempat nak p melawat. Macam2 hal yg berlaku. Banyak sangat halangan.
Bila dah dapat jemputan ni, memang cma dan Encik Mus cancel segala rancangan lain utk memenuhi jemputan ini. Alhamdulillah Fadhillah, bondanya, abang Man dan Kak Rina (kakak iparnya) akan menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Semoga mendapat haji yg mabrur di sana nanti. Jaga kesihatan yea. Cma juga ada menghadiahkan Fadhillah dan bondanya telekung utk kegunaan di sana nanti. Harap sudilah terima. Tak lupa juga utk kenduri semalam, cma ada buatkan Apam Comey utk para jemputan kenduri. Kak Long Fadhillah tanya, "Apam polka dot ka cma?" "tak lah, malas nak buat dot2, apam biasa ja cuma letak dlm paper cup nak bagi org senang mkn." Harap Fadhillah dan keluarga suka...
Jom nengok resepi Apam Comey ni yg cma amik dlm majalah (tak ingat namanya sbb bila cari dah tak jumpa). Cma ada jugak nampak Kak Azlita Masam Manis buat apam ni, mungkin dalam majalah yg sama  kot...



Untuk kenduri di rumah Fadhillah


Apam Comey
Amik dari Majalah

Bahan2:
2 biji telur
1/4 sudu teh garam
150 gm gula kastor
50 gm gula merah
1/2 sudu makan ovalette
275 gm tepung gandum
15 gm susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
225 ml air aiskrim soda
50 gm coklat cip - cma tak letakkpun
strawbery emulco
pandan emulco
chocolate emulco


Cara2nya;

1. Sediakan kukusan.
2. Pukul telur, garam, gula pasir, gula merah dan ovalette sehingga kental selama 10 minit.
3. Masukkan tepung gandum, susu tepung, dan serbuk penaik yg di ayak berselang seli dgn air aiskrim soda. Sambil dipukul perlahan-lahan.
4. Masukkan coklat cip dan kacau rata guna spatula.(Kalu nak masukkan, cma tak masukkan jadi takyah buat ler..).
5.  Masukkan adunan ke dalam piping bag utk memudahkan kita masukkan adunan ke dalam papercup.  Masukkan adunan ke dalam papercup yg dialaskan dengan acuan tart.
6. Susun dalam kukusan dan kukus selama 10 - 15 minit dgn api besar sehingga masak.

 Comey macam tuan dia tak???

"ermmm...dapnyer...."kata Uqail.

[MTV] Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)

Muara Hati – Siti Nurhaliza & Hafiz AF7

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta



Donut Tofu Tocang

Assalamualaikum...

Sejukkkknyer....Hujan dari pagi semalam lagi. Pokok2 pun nampak macam tersenyum2 je sbb disirami hujan yg turun mencurah2.Rasa macam malas je nak bangun. Selimut pun macam taknak lepaskan tuannya dari dakapannya...hehehe...
Dua hari lepas cma ada cuba buat donut tofu yg cma amik dari Kak Ros pakar dlm membuat donut. Tq Kak Ros. Memang sedap dan lembut je. Cma buat dua versi, satu bakar dan satu lagi goreng seperti biasa. Nak try juga buat donut bakar sbb cma ada terbaca satu blog akak ni, dia buat donut bakar, nampak macam sedap dan ternyatalah sangat sedap. Sebab apa nama DOnut Tofu Tocang????Sebab cma buat tocang kat donut ni macam Kak Ros....hehehe..Nanti cma try donut dari Kak Ros lagi yer, sbb semua donut dari Kak Ros mmg malatopss dan mantop..

Donut Tofu Tocang
Amik dari Kak Rosmarlina

Bahan-bahanya
300 gram tepung gandum
125gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160ml susu suam@air suam
40gram shortening
4 sudu besar gula
6gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.

ini versi goreng


Cara2nya:

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan. ( cma bakar  dan sapu di atasnya dengan telur dan taburkan gula kasar di atasnya).
Selamat Mencuba.

Nota: Ros bentukkan donut taufu ni macam anyaman dan pintalkan, lepas tu goreng macam biasa, kasi lain sikit rupanya, anak-anak pun suke. topping saja donut ni ikut selera masing2, boleh dicelup dengan coklat bagi menaikkan lagi rupa donut taufu lembut  ini, Selamat Memasak semua.

 ini versi bakar

rupabentuk dalamnya

Isnin, 10 September 2012

Lasagna Simple

Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Awat la mata ni tak mau pejam??? JOm kita layan lasagna...cma buat petang tadi sebab dah janji dengan akak2 kat sekolah nak masakan. Sebenarnya janji nak bawak hari ni, tp, disebabkan ada urusan yg perlu disegerakan, tak dapat la nak masakan.
Balik dari kelas tambahan tadi, terbau2 je bila masuk ke rumah. Apalagi, dengan mata yg segar-bugar ni, kita layan dulu lasagna simple ala cma ni...Macamanalah berat badan ni tak bertambah, dok mkn je...Tp, ada akak2 kat sekolah tak percaya berat cma dah 52kg..nampak sama ja macam mula2 mai...kuruih ja, angin tolak  pun melayang...hehehe...tp...percayalahhhh.....memang dah berat pun sekarang nih...





Mesti tertanya2kan, sbb apa  bahagian atasnya melengkung???Ini kerana, Encik Mus sukakan yg garing, jadi, bahagian atasnya cma tak letakkan krim putih, tapi baki sos merah dan cheedar cheese  dan mozarella. Bila masak, dia garing dan kruk..krak..kruk..krak.. bunyinya... Ini ler resepi yg mudah dan tersangat la simple...

Lasagna Simple Ala Cma

Bahan2 sos merah:
300 g daging @ ayam cincang( daging buger pun boleh)
3 ulas bawang puting - cincang
2 biji bawang besar - cincang
3 camb cili kisar
2 biji tomato - cincang
1 tin tomato dalam tin
1 batang lobak merah - potong dadu
1 tin cendawan butang  - hiris nipis
3 cawan air
daun bawang 
gula
garam
lada sulah
minyak zaitun utk menumis

Cara2nya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging masak.
3. Masukkan lobak merah, tomato cincang, bawang besar, tomato dalam tin. Kacau hingga masak.
4. Masukkan cendawan butang dan air. Biar hingga mendidih dan masukkan bahan perasa(gula, garam dan lada sulah).
5. Ketepikan.

Bahan2 sos putih:
2 camb butter
5 camb tepung gandum
3 cawan susu segar
5 keping keju

Cara2nya:
1. Cairkan butter dan masukkan tepung gandum (perlahankan api).Kacau rata.
2. Masukkan susu segar dan kacau. 
3. Padamkan api dan masukkan keju keping dan kacau hingga keju cair dan kuah jadi pekat.
4. Jika kuah sangat pekat, masukkan sikit susu utk cairkan(jangan cair sgt) - jadikan seperti bater.
5. Ketepikan

Bahan lain;
kulit lasagna segera
daun bawang
keju mozarella
keju cheddar

Cara2nya;
1. Panaskan oven dan sapu bekas dengan mentega.
2. Mulakan lapisan dengan kulit lasagna, sos merah, sos putih dan seterusnya sehingga habis.
3.Pastikan kulit lasagna ditenggelamkan oleh sos. Sos merah memang banyak kuahnya utk melembutkan kulit lasagna. Kulit lasagna tak perlu di rebus sbb sos yg banyak menyebabkan kulitnya lembut dan masak.
4. Atas sekali pastikan letak kulitnya dan tuangkan baki sos putih. Kalu nak garing yg macam cma buat, letakkan baki sos merah dan parutkan keju cheddar dan mozarella. Taburkan juga lada hitam kasar.
5. Bakar dengan suhu 180oC selama 40 minit atau hingga masak.

Ermmmm....

Sabtu, 8 September 2012

Kek Besday Aisyah Hanim

Assalamualaikum..

Pagi semlm cma dah siapkan satu lagi kek besday. Walaupun dah lewat sehari. Hepi Besday Aisyah Hanim.Kali ni Barbie Doll plak. Sebenarnya Aisyah ni jeles ngan Opie sbb Opie dpt kek ni thn lepas. Apalagi, Encik Mus pun dah janji ngan dia nak bagi hadiah plak utk Aisyah tahun ni. Cek Pa (panggilan manja Aisyah utk Encik Mus) bagi tp Cek Ma (panggilan manja Aisyah utk cma) yg buat. Biasa ler tu...Encik Mus oder je....

Tema Aisyah, purple tahun ni...

Sebenarnya pic ni mama Aisya yg tolong snapkan. Cma tak sempat nak snap sbb mula2 mama Aisyah ni bgtau nak amik kat umh petang, tetiba je sms bgtau nak amik pg pulak. Cma tak sempat nak pikiaq banyak, kata ok ler. Masa dia datang amik pun, tergesa2 masukkan dlm kotak, pisau pun tak sempat nak bagi. Dia pun tergesa2 sbb nak p nengok Kak Cik (mak sedara Aisyah merangkap kakak mama Aisyah) kat Pendang. 
Cma guna kek coklat  dan buttercream je..

Besday Girl

Jumaat, 7 September 2012

Donut Mayo Gebus

Assalamualaikum dan Salam Hari Malaysia...

Rajin plak update dapur ijau hari ni. Nak sharekan resepi yg cma dapat dari dapur Rosmarlina. Banyak resepi donut yang gebus2..Salah satunya Donut Mayo ni. Sori ye Ros, cma tambah namanya jadi Donut Mayo Gebus sebab gebus sgt... Jiran sebelah rumah pun cakap, donut ni gebu sesgt, tp tuannya tak gebus pun.hehehe.... Cma sharekan resepi dari Ros di sini yea. Tq...

Gebus tak saya???


Donut Mayo Gebus


Bahan2:
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti.

Cara2nya;
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli guna tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Yang cucuk2 ni utk 2 org anak sedara...

Kek Besday Nu'man Uqail Ke-2

Kek Padang Bola Uqail...

Wow...antiknyer.....

 Potong la Uqail...
 
Tak Nak....

Uqail takut nak potong sbb dia ingat mainan...

Kek Kahwin Hidayah & Hafiz

Kek Hantaran dari Hidayah utk Hafiz

Untuk kek hantaran ni, cma cuma gunakan kek span vanila, dan butter cream. Untuk bunga pulak, cma gunakan bunga gumpaste. comot je.Mula2 cam taknak ambik tempahan ni, tapi, disebabkan mak Hidayah ni tokey kantin sekolah cma ngajar, cma ambik je. Kesian pulak kan, dah org minta tolong kita. Lagipun, Mak Tam (mak Hidayah) ni, senang kalu nak minta tolong masakan apapun. Kita minta hari ni, esok dah ada depan mata. Sebab tu cma cam  tak sampai hati nak kata TAK NAK..dari komen yg cma terima, semuanya berpuas hati. Alhamdulillah bila org hargai dan puas hati dengan hasil kerja kita, bermakna hasil kerja yg kita buat dengan ikhlas, dapat ganjarannya. terima kasih semua, lain kali oder la lagi..hehehehe...

Kek Raya 2012

Salam Aidilfitri 1433h

Kek Dam - permintaan oleh Encik Mus (resepi di sini)

Brownies Keju
Brownies  Keju
Bahan2 Kek:
1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan mentega cair
1 cawan gula perang
1camt esen vanilla
secubit  garam
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan badam cincang - di bakar
Bahan2 keju:
375 g  krim keju
100g gula kastor
1 camt esen vanila
2 biji telur
Cara2nya:  
1. Sapu sedikit butter dalam loyang 4 segi ( 18 cm) 
2. Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkun adunan dan gaul sebati. 
3. Masukkan badam hancur dan gaul lagi.
4. Masukkan adunan dalam loyang. Ketepikan.
5. Pukul keju bersama gula dan esen vanila hingga kembang.
6. Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
7. Tuang adunan atas adunan kek tadi  dan bakar  selama 35-40 minit atau hingga masak pada suhu 180oC.
8. Untuk potongan yang cantik, sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk dan potong gunakan pisau yang direndam di dalam air panas.


Butter Cake
Butter Cake

Bahan2:
250 butter
150 g gula kastor
250 tepung naik sendiri - ayak
6 biji telur
2 camb susu pekat
1 camb ovellete
1 camb air
1 camb coklat emulco
1 camb strawberi emulco
1 camb oren emulco

Cara2nya;
1. Pukul telur, ovellete, air, gula, tepung hingga gebu dan pekat.
2. Dalam bekas lain, pukul butter dan susu pekat hingga kembang.
3. Kemudian, campurkan adunan butter kedalam adunan tepung dengan menggunakan spatula (balik kaup).
4. Bahagikan kepada 3 bahagian dan setiap satu dimasukkan dengan coklat emulco, strawberi emulco dan oren emulco.
5. Masukkan secara selang-seli ke dalam loyang yang telah di sapukan dengan butter dan ditaburkan dengan tepung gandum.
6. Bakar dengan suhu 180oC selama 45-50 minit atau hingga kek masak.
7. Sejukkan  sebelum dipotong.


Yang di bawah ni ialah kek sempenan Jamuan Hari Raya di SKFBT

Kek Dam -  Permintaan dari Pengerusi BAKES

 Kek Buah - Permintaan dr Kak Lyza

Kek Buah
Ambik dari: CMG

Bahan2:
180 gram mentega
140 gram gula perang @ soft brown sugar
2 biji telur gred A
220 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
120 gram mix fruit
100 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla (atau boleh guna esen orange) - cma guna esen vanila
 
Cara2nya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Atau jika guna bunt pan, lenser dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung, biar tinggal lapisan nipis yang melekat pada bahagian dalam tin. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula perang hingga pucat. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Jarak waktu antara sebiji telur ialah satu minit. Sementara itu, gaul mix fruit dengan tepung yang telah diayak, gaul rata.
3. Perlahankan kelajuan, masukkan mix fruit + tepung tadi berselang seli dengan susu segar, hingga habis, tambah esen vanilla dah gaul rata. Tuang dalam tin dan bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong untuk hidangan...

Kuih Raya 2012

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri 1433h....

Lama tak update dapur hijau ye...Byk keja yg perlu diselesaikan. Rupa2nya kita dah masuk tengah tahun kedua 2012.tak lama lagi anak-anak yg berada di Tahun 6 akan meghadapi cabaran terbesar buat mereka di sekolah rendah iaitu UPSR. Cikgu harap semua anak-anak cikgu tak kira lah kat sekolah manapun berada, semoga lakukan yg terbaik utk masa depan semua. Untuk anak-anak cikgu di SKFBT, cikgu dah berikan semua ilmu yg secukupnya utk kamu semua dan semoga dapat menjawab dengan sebaik mungkin.Aminnn...

 Ok dah habis pasal anak-anak nak UPSR, sekarang kita tengok kuir raya yg sempat cma buat dan sempat amik gambar. Sebenarnya ada lagi yg cma buat, tp tak sempat amik gambar sebab tak sempat ler...hehehe..

Biskut Arab
 
Biskut Arab
 
Bahan2:
300 g tepung gandum -sangai
125 g tepung jagung
70 g gula aising
50 g serbuk badam - sangai
250 g  minyak sapi - cairkan 
secubit garam
 
hiasan;
pewarna makanan hijau, merah, kuning
gula kastor
cawan kertas
 
Cara2nya;
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali minyak sapi. Gaul rata.
2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan senduk kayu sehingga menjadi doh.
3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan diwarnakan dengan kuning, merah dan hijau.
4. Cantum sedikit warna merah, hijau dan kuning. Bentuk menjadi bulat dan letakkan di atas dulang pembakar. Buat hingga habis.
5. Bakar selama 30 hingga 40 minit pada suhu 180oC atau hingga masak.
6. Setelah sejuk, golekkan di atas gula kastor dan letakkan di dalam cawan kertas.


Biskut Samperit Susu

Biskut Samperit Susu
 
Bahan2:
180 g butter
60 g gula aising
1 kuning telur
110 g tepung red ros @ tepung gandum - ayak
60 g tepung jagung -ayak
1 camb susu pekat manis
80 g tepung kastard

hiasan;
ceri atau apa yg disukai

Cara2nya:
1. Sebatikan butter dan gula.(Jgn pukul kuat nnt kembang)
2. Masukkan telur. Kacau lagi.
3. Masukkan semua bahan dan uli. Doh memang lembut.
4. Paipkan guna acuan bunga dan hias guna ceri atau apa2 yg suka.
5. Bakar guna suhu 180oC selama 30-35 minint atau hingga masak.

Cornflakes Madu

Cornflakes Madu

Bahan2:
500 g cornflakes
1 ketul butter
2 camb marjerin
2 camb madu
2 camb gula halus
100 g mix fruits
cawan kertas

Cara2nya;
1. Masukkan butter, mentega, gula, madu dan mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga semuanya sebati.
2. Masukkan cornflakes dan gaul lagi hingga sebati.
3. Padamkan api dan masukkan ke dalam cawan kertas  hingga habis.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180oC.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tart Gulung

Tart Gulung

Bahan2 doh:
250 g butter
350 g tepung gandum - ayak
100 g tepung jagung - ayak
2 camb gula aising
1 kuning telur
1 camb esen vanila
 
Bahan2 inti:
2 biji nanas
300 g gula
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
 
hiasan:
kuning telur 
susu cair
pewarna kuning

Cara2nya;
Utk inti.
1. Parut atau mesin nanas. Masak parutan nanas, gula, kulit kayu manis dan bunga cengkih hingga kering. 
2. Kacau sentiasa utk mengelakkan daripada melekat di kuali.
3. Sejukkan.
 
Utk doh
1. Kacau butter bersama gula hingga sebati. (Jgn pukul kuat nnt kembang)
2. Masukkan telur dan esen vanila. kacau lagi.
3. Masukkan tepung sedikit2 hingga adunan menjadi doh.
4. Ambil sedikit inti yg telah sejuk dan buat bulat2 kecil.
5. Ambil sedikit doh dan masukkan dalam acuan tart gulung. Tekan doh dan letakkan inti atas doh dan gulungkan. Ulang hingga doh habis. Jika ada lebihan inti, masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.
6. Sapu kuning telur yg dicampurkan dengan susu cair dan warna kuning.
7. Bakar pada suhu 180oC selama 15-20 minit atau hingga masak.

SELAMAT MENCUBA..