Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Isnin, 13 Februari 2012

Strawberry Cheese Tart

Assalamualaikum  dan Salam 1 Malaysia...

Buat kuih apa utk minum petang ni? Petang ni cma buat Strawberry Cheese Tart. Saja  nak try strawberry pulak. Selalunya cma buat blueberry tp, kali ni kita try  filling strawberry pulak. Camna rasanya..Shell tart ni cma dah buat semlm supaya senang dan cepat proses utk membuatnya nanti.
Balik sekolah hari ni, lepas solat, terus masuk dapur hijau dan teruskan proses mengetart. Tak sabar2 nak makan.Bila bakar je, terbau2 dah... Resepinya tetap daripada Kak Azlita Masam Manis, dah tak nak try yg lain... Jom makan...

STRAWBERRY CHEESE TART
Sumber : Kak Azlita Masam Manis

Bahan Crust

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart 
 
Cara2nya:
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Filling
Strawberry




Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri. Kali ni cma gunakan strawberry.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.


Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese pulak.


Bahan Cheese

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Putar dia sampai berkilat jangan terlebih putar nanti ia terlalu cair dan tak cantik bila kita letak dalam shell sebab dia flat tak munjut2.
Jangan sekejap sangat pulak nanti dia tak licin tak cantik jugak! jadi yg sedang2 aje nampak berkilat tu dah OK!


Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi. Lorek lah ikut creativiti dan imiginasi masing-masing. Pewarna merah tak de, purple pun ok...




Apam Yogurt Sedap

Assalamualaikum dan Selamat Malam...
Kenapa lah malam ni mata ni tak boleh nak pejam? Mungkin siang td dah tdo kot? Balik sekolah tadi penat sangat. Encik Mus pulak tak dak nak buat keja apa, tdo je keje dia. Mentang2 lah assigment dia dah siap, tdo je dia tau. Apalagi cma pun bila nengok Encik Mus tdo, terasa bantal pun memanggil cma utk turut serta Encik Mus. Tanpa berfikir panjang, cma pun menyertailah acara Encik Mus di siang hari iaitu acara kuak lentang.hehehe..tdo ler... Jaga jer dah petang rupanya...kui 5.30 pm. Terus bangun dan tetiba je terdengar perut Encik Mus menyanyi dondang sayang."Lapaq ke bang?" "Lapaq la jugak." Sebagai isteri mithali..(hehehe)cma pun rajin lah menggodek2 di dapur hijau dan terhasillah Apam Yogurt Sedap dari akak Azlita Masam Manis. Sedap sangat apam ni sampai 2 kali dah cma buat dalam minggu ni atas permintaan Encik Mus. Encik Mus ni tak berapa suka dengan apam sangat, tapi, bila dia makan apam ni jatuh cinta la plak.. 
Jom kita intai2 resepi dari dapur Masam Manis Kak Azlita. Terima kasih atas resepi yg sedap ni akak.
 


APAM YOGURT
Sumber : Kak Azlita Masam Manis 

Bahan2:
2 cawan gula castor *kurangkan ( cma guna 1 1/2 cawan )
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat

Cara2nya:
Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup.
*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh  jem atau filling dan pewarna kesukaan
*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.
 
 
 

Sabtu, 11 Februari 2012

Puding Tauhu Laici

Assalamualaikum...

Cuaca sekarang ni sangat lah panas. Tekak pun kadang2 perit bila dok menjerit tiap2 hari di sekolah. Bukanlah menjerit tak tentu pasal, satg anak murid ingat cikgu dia ni tak betoi plak. Kadang2 je la mengetest suara boleh tak high not macam cikgu Syafinaz Selamat..Bila dah test suara, dah balik rumah nak cakap pun dah macam ayam serama..Terbayang2 la puding dan agar2 yg sejuk...Ermmm...nyamannya....
Dengan rasa tekak yg macam berpasir, cma gagahkan diri juga membuat Puding Tauhu Laici ni, Sebenarnya resepi ni dah lama cma amik kat dapur Masam Manis kak Azlita, tp tak berkesempatan buat lagi. Cari buah laici segar tak de, buah laici dalam tin pun ok la..
Mula2 cma dok pikir jugak camna puding ni namanya Puding Tauhu?Sebab tak de letak sebarang sumber dari soya, air soya ke, tauhu ke, tempe ke...mungkin sebab warnanya putih cam tauhu kot??Encik Mus kata, "kalau nak tau, kena buat bg abg makan, baru la tau, sebab pa nama dia tauhu."ayat nak suruh buat la tu, sbb apa saja namanya puding memamg feberet dia.. Bila dah buat baru la tau sebab pe namanya tauhu..Sebabbbb....bila masuk dalam mulut, mula2 kita akan rasa lemak2 santan dan juga susu.Bila dah sampai ke tekak baru la terasa macam soya...mungkin sebab tu la nama dia tauhu kot...cma n Encik Mus agak la...kalu salah pun tak pe kan???tak dosa kan???hehehe..
Memang sedap Puding Tauhu Laici ni, bila dimakan sejuk2...ermmmm...terasa nikmatnya...nyamannyaa.... Tak terasa dah habis 3 cawan kecil cma makan..(cawan dadih)..Jom la intai2 resepi yg cma amik dari dapur Kak Azlita Masam Manis. Cma copy resepi akak yea. Terima kasih daun keladi akak...


PUDING TAUHU LYCHEE
Sumber : Kak Azlita Masam Manis

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) *lebih kurang 18 gram
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula - cma tak letak gula pun, sebab tak tahan manis
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk Kuahnya- cma tak buat kuah pun..
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara2nya:
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

Untuk Pudingnya
Masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.
 
 ermmmmmm.........
 

Jumaat, 10 Februari 2012

Spagetti Bolognese Ayam

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari...

Dah lunch ke? Masak pe tengah hari ni? Hari ni cma dok sorang kat rumah sbb Encik Mus keja, macam biasa la hari Jumaat.. Malas nak ka pun masak nasi, cma buat la spagetti bolognese guna ayam cincang. Rasanya tak berapa best macam daging la, tp , buat masa ni cma kena pantang mkn daging, ayam pun ok. Lepas siap tempahan kek td, perut pun berbunyi minta diisi dan tekak pulak teringin nak mkn spagetti, dan terjadilah spagetti bolognese ayam. Sosnya cma guna bahan-bahan segar dari dapur hijau dan sememangnya cma tak pernah gunakan sos segera, tak berapa best la...Resepi ni mmg cma ada bagi pada kawan2 yg mintak dan sume cakap sedap.Time kasih la ye kwn2 semua. Jom la nengok apa yg telah terjadi..

SPAGETTI BOLOGNESE AYAM
spagetti - direbus hingga lembut bersama garam dan toskan

Bahan2 sos:
2 ulas bawang putih -potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
250g isi ayam cincang
1 camb cili mesin
1 biji tomato - potong dadu
5 camb sos tomato
2 camb sos cili
mix vege - cma tak letak kali ni sbb stok dah habis
cendawan butang
lada sulah
gula
garam
oregano

Cara2nya:
1. Rebus spagetti hingga lembut dan toskan. Letak sedikit minyak zaitun supaya spagetti tidak melekat.
2. Panaskan kuali bersama minyak zaitun. Tumis bawang putih hingga naik bau  dan masukkan cili mesin. Masak sehingga naik minyak dan masukkan isi ayam cincang. Kacau rata.
3. Masukkan bawang besar, tomato, sos tomato, sos cili, garam, gula dan lada sulah. Kacau rata.
4. Apabila isi ayam dah masak, masukkan cendawan butang dan mix vege. Kacau hingga masak semuanya.
Boleh lah dihidangkan.

Inilah hidangan tengahari cma






Super Fudgy Brownies

Assalamualaikum semua...

Hari ni cma nak kongsi satu resepi yg cma dpt Dari Dapur Kak Ct Delima, Super Fudgy Brownies. Brownies ni mmg teramatlah sedap.Dengan rasa coklatnya yg kaya dan memang umphhh la...Tak mo cerita panjang, jom kita nengok resepinya.Terima kasih pd Kak Ct Delima kerana sudi sharekan resepi ni dan cma minta copy kat sini yea kak.Terima kasih daun keladi...



 Sedia dimakan oleh Encik Mus

SUPER FUDGY BROWNIES
Sumber : Dari Dapur CT (kak Ct Delima)

Bahan2:
120g butter (8 camb butter)
130g tepung serba guna (1 cawan)
1/2 camt baking powder
30g serbuk koko (1/4 cawan)
1/2 camt garam
220g coklat masakan (dadu kecil)
240 g gula perang (cma guna 200g je)
3 biji telur gred A
3/4 cawan coklat cip
badam cincang

Cara2nya:
1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.
3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.
 4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan badam cincang dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci. (cma guna loyang sama saiz cam Kak Ct)
7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :

Selasa, 7 Februari 2012

Apam Pisang Gebus

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Selamat petang semua. Hari ni cma nak kongsikan satu lagi resepi yg mudah disediakan dan sedap di makan. Apam pisang. Resepi apam pisang ni cma amik kat rumah CMG, Dapur Tanpa Sempadan.Terima kasih CMG diatas resepi yg sedap dan gebu. Semua org suka..Apam pisang ni cma buat minggu lepas. Petang ada latihan merentas desa, jadi cma balik umh awal terus masuk dapur ijau dan kelentang-kelentung buat apam pisang ni. Sebenarnya, resepi ni dah lama cma amik kat umh CMG, tp, baru minggu lepas sempat buat, sebab mudah je. Kacau-kacau terus jadik.. CMG buat guna acuan kecik2, tp disebabkan nak cepat, jadi, cma pun masukkan dalam loyang je.Cma kongsikan di sini yea CMG..terima kasih daun keladi...

yg ni utk kwn2 kat sekolah

yg ni pulak utk Encik Mus balik keje 
APAM PISANG GEBUS
Sumber : CMG Dapur Tanpa Sempadan

1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Beberapa titik esen pisang
2 biji telur gred B
100 ml minyak jagung
1/4 cawan gula perang @ soft brown sugar
150 gram pisang emas
1/2 camca teh soda bicarbonate
Secubit garam
Kelapa parut + secubit gram, gaul rata - cma tak letak pun

CARA-CARANYA:
  1. Lenser acuan apam dengan sedikit minyak. Ketepikan. Lecek pisang bersama soda bicarbonate dan secubit garam hingga lumat. Ketepikan.
  2. Pukul gula perang, telur dan minyak hingga sebati dan berkrim. Masukkan pisang lecek dan esen pisang, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  3. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan apam dan kukus 15 minit hingga apam masak. Hidangkan bersama kelapa parut tadi. Selamat mencuba untuk semua...



Jumaat, 3 Februari 2012

Aiskrim Goreng

Assalamualaikum...

Aiskrim goreng yg dijanjikan pada 3 hari yg lalu tak dpt dimasukkan n3 sbb bila Encik Mus smpi rumah je, dia ajak p Kola Perlis, mkn2..jadi...aiskrim tak jadi goreng dan simpan je dlm peti.Petang ni baru la ada kesempatan nak goreng. Resepi ni cma dapat dari KR 2 thn lalu, dah tak ingat sapa punya resepi. Time kasih tuan punya resepi.. Cerita pasal aiskrim goreng ni, 6 thn lalu cma ada mkn di Hotel Lang, Langkawi masa buka posa. Aiskrim dia lain daripada yg cma buat ni. Chef kat situ buat macam pisang goreng,  celup dalam tepung dan golekkan dalam serbuk roti, pastu goreng. Macamana cma bleh tau? sebabnya, chef tu goreng depan cma. dengan muka tak malunya, cma tanya la bahan2nya tp tak yakin nak buat walaupun chef tu dah bgtau cara2nya.
Aiskrim goreng resepi KR ni menggunakan roti dan aiskrim sahaja. Kena bekukan 24 jam sebelum digoreng, barulah hasilnya memuaskan dan aiskrimnya tak cair. tp, kali ni cma dah bekukan aiskrim ni selama 4 hari, lagi lah ok.hehehe...Inilah hasilnya...

 Sebelum dipotong, suspen takut cair...

tp,...Tadaaaaa...........Nyum..Nyum..Nyum...