Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kejap je....

Assalamualaikum...

Pejam celik, pejam celik dah nak masuk minggu ketiga kita berpuasa pada thn 1432H ni..Alhamdulillah Allah telah berikan kita semua dengan kesihatan yang baik utk beribadah kepadaNya dgn lebih byk lg...

Minggu kedua berpuasa ni, cma ada sedikit penyakit M melanda tapi, ku gagahi jua utk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorg anak, isteri, pendidik dan pelajar utk kesenangan di masa depan.Syahdu la plak.... Walaupun telah menghidapi penyakit M, masak tetap masak.

Terima kasih pada tuan punya JUICY CAFE kerana telah berkongsi resepi soto yang sedap. Memang rasanya lain dari yg lain. Selalunya cma akan masak soto guna rempah soto , tp kali ni guna resepi yg telah diberi oleh tuan JUICY CAFE, sedap sgt. Terima kasih kak.

Ni la menu berbuka cma n famili minggu ni...

Soto Ayam


Nasi Daging Rebus

Asam Pedas Ikan Kembung

Baby Kailan Ikan Masin

Masak Merah Daging

Sotong Goreng Kunyit

Udang Goreng 

Mi Goreng (bagi kat jiran sebelah)

Lompang ( mak buat )

Cempedak Goreng

Ahad, 7 Ogos 2011

Rajin ke????

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Pejam celik, pejam celik dah seminggu kita berpuasa. Terasa begitu cepat masa berlalu. Dalam bulan Ogos ni jugak la cma n Encik Mus akan menyambut anniversary kami yang ke-6.Cepatnye dah 6 tahun kami melayari bahtera perkahwinan bersama.Terasa seperti baru berkahwin semalam..
Ok, kali ni nak tayang menu sepanjang seminggu berpuasa.
 
Masak Lemak Cili Api Ketam

Sup Sayur 
Sup Siam Daging

Sayur Bayam Tumis Air

Sweet Sour Simple 
Sotong Masak Kicap
Taugeh Goreng
Masak Lemak Kubis Cina
Sambal Tumis Sotong
Udang Goreng Mentega
Ikan Kembong Goreng - menu wajib Encik Mus










Rabu, 3 Ogos 2011

Main Masak-masak Laksa Bonda

Assalamualaikum dan selamat memasak utk berbuka...

Hari ni letih sgt..."Posa baru 3 hari dah letih," kata Encik Mus tersayang...ermmm... dia tak tau bini dia ni dok berkawat satu hari kat sekolah...Bulan posa ke, tak posa ke, sama saja, keje mesti diteruskan.
Cerita pasal masak memasak di bulan posa ni, paling best. Kat sekolah, bila cikgu2 pompuan buka bab masak2, cikgu2 laki dok marah.depa kata,"sudah2 lah tu cita pasai masak, nak makan lmbt lg".Macam la kami yg pompuan dok cita ni boleh mkn...kalu ada yg tak posa tu, balik umh bleh ngapp ler....

Ni laksa yg bonda tersayang masak semlm utk berbuka. Mak cma mmg tau peberet anak dia laksa,so, jadik sistem barter la semlm.Cma bg Puding Karamel Cracker Ayah, mak bagi Laksa Bonda...ermmm.....sehingga menjilat sudu.... Makan laksa bersama Twister oren lepas balik terawih...aahhhh......
Laksa Bonda

Selasa, 2 Ogos 2011

Main Masak-masak Puding Karamel Cracker Ayah

Assalamualaikum dan selamat berpuasa.
Dah lama cma tak undate blog ni.Lagipun baru lega sepenuhnya daripada demam.
Hari ni Encik Mus ada beli ketam dan disuruhnya isteri tersayang ni buatkan masak lemak cili api...ermmm...sedapnyeee....
Yang tu lauk utk berbuka ptg nanti, tp, baru je selamat siapkan Puding Karamel Cracker Ayah utk ayahanda dan bonda tercinta.Panas2 ni, memamg la sedap mkn puding apatah lagi kalu sejuk2, masuk dalam tekak pun laju je....Sebab pe letak nama Puding Karamel Cracker Ayah???Sebab ayah cma suka sgt ngan puding ni. Setiap kali besday dia, ayah tak minta mak masak benda lain kecuali lah puding ni.Bila cma dah pandai masak sendri, cma plak amik alih tuga ni drpd mak.Tp, kalu tak besday dia pun, dia mintak cma buatkan jugak, sbb teringin katanya...Adik2 pun dah boring makan puding ni...Setiap kali buatkan utk ayah puding ni, mesti buatkan adik2 kuih lain. Tp, disebabkan hanya tinggal ayah n mak je dua org kat umh, so, tak payah la buatkan kuih yg lain...
Senget skit la puding ni sbb tuannya  tak sabar2 nak terbalikkan. hehehe...

 
Inilah hasilnya....


Puding Karamel Cracker Ayah

Bahan2 utk karamel:
2 camb gula dihanguskan dalam loyang dan ketepikan

Bahan2 utk puding:
7 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 camt esen vanila
7 keping biskut krim kraker - kisar halus

Cara2nya:
1. Pukul telur dan gula hingga gula hancur.
2. Masukkan susu, air dan esen vanila. Kacau lagi
3. Masukkan adunan dalam loyang karamel td dan taburkan biskut hancur td.
4. Kukus selama 45 minit.
5. Dah masak boleh terbalikkan dalam bekas dan hias ikut suka hati... ( cma letak buah peach dlm tin )

SELAMAT MENCUBA...