Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Khamis, 14 Julai 2011

Main Masak-masak Sandwich Telo Kukus

Assalamualaikum and Good Morning....

Awai plak pagi ni masukan n3.Bukannya apa, sebab ari ni cuti, semalam ada KOT sekolah..Pagi ni nak p menyibuk kat SK PHD sbb kanak-kanak ribena ada karnival (budak-budak kecik pra-sekolah). Saja nak p bagi moral support kat depa.

Lapaq plak dok sorg2 ni dan maka terhasil lah Sandwich Telo Kukus... Selalunya kalu di rumah, cma minum susu Anmum tapi, ari ni minum Nescafe kegemaran Encik Mus plak..sbb rindu sgt kot, dah seminggu kena dok sorg2...isk..isk..isk...



Sandwich Telo Kukus

Bahan2nya:
6  keping roti
2 biji telo
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
susu segar
lada sulah
lada hitam
sikit je minyak
keju keping - cma guna cheesedale
mayonis

Cara2nya:
1.Pukul telo bersama susu,lada sulah dan lada hitam.
2. Tumis bawang dan tomato sampai layu.
3. Masukkan telur yg di pukul tadi dan jadikan telur hancur (scramble egg) dan masak separuh masak saja.
4. Sapu mayonis pada roti, letakkan keju (sekeping je) dan letakkan scramble egg dan letakkan roti lagi satu di atasnya. Buat sampai habis.
5. Panaskan kukusan dan letak roti di dalamnya. Kukus selama 5 minit.
6. Dah siap, boleh makan...

Selasa, 12 Julai 2011

Main Masak-masak Koeyteaw Sup Simple

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah kenyang mkn petang td. Dengan bangga dan rajinnya, masak lah Koeyteaw Sup Simple yg slalu buat untuk Encik Mus mkn. Tetiba rindu plak kat dia yg dok berkursus di Ipoh... Lepas mkn je, berpeluh2, rasa  cam dah lari pusing padang SKFBT 10 pusingan...hehehe... Sebelum smayang kena mandi lagi skali ni... Lepas dok kelentang-kelentung kat dapur sorg2, maka terhasil la Koeyteaw Sup ni...


Tadaaaa.....Koeyteaw Sup Simple dan air oren Sunquick...

Isnin, 11 Julai 2011

Main Masak-masak Fruity Choc Steamed Cake

Assalamualaikum...
Terima kasih pada Kak Jue, jiran sebelah rumah sbb bg mi goreng yg sedap ptg td...Untuk membalas jasa Kak Jue yg baik hati ni, dengan bangganya, cma pun kongsi la kek yg baru masak ni. Dia kata,"panas lagi ni, baru masak.buat susah2 je cma ni, dah byk pinggan kat umah akak".Dengan rasa tak bersalahnya cma pun jawab la,"sementara rajin ni, boleh la merasa, tp, kalu dah dpt penyakit malas, seminggu skali pun belum tentu masak".hehehehe....

Terima kasih pada kak Azlita Masam Manis yg sudi share resepi.yg sedihnya, tak masukkan ovellete pun..huhuhu..tp rasa tetap sedap dan sedikit moist. Ada gak yg cma ubah dari resepi asala, cma gantikan susu cair ngan susu segar sbb tak dak stok susu cair, tp, rasanya tetap malatops...
Cma minta izin kak Azlita Masam Manis copy resepi kat sini ye akak.time kasih...




FRUITY CHOC STEAMED CAKE
by: Kak Azlita Masam Manis

5 biji telur - grade A yg sejuk - dr peti ais
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette (lupa nak masukan)
150 ml susu cair (cma gantikan susu segar)
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung / masak

1 sk esen vanilla
1 1/2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh choc emulco
ceri merah dan hijau yg dicincang secukupnya (cma guna 4 biji je sbb yg tu je ada)

1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, buah ceri, serbuk koko, esen vanila dan choc emulco
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3. Bahagikan Adunan kepada 2 bahagian.  satu bahagian letakkan serbuk koko dan choc emulco. satu bahagian lagi letakkan perasa vanila dan boleh juga letakkan pewarna.
4. Kemudian setiap warna tu pula dibahagikan kepada 2 bahagian. Ini bermakna kita akan dapat 4 lapisan.
5. Loyang dialas kertas dan sapu butter . Ratakan adunan pertama  kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
6. Buat hingga habis lapisan akhir taburkan buah ceri merah dan hijau dan kukus semula.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
7. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk. 
 
Time kasih kak Azlita Masam Manis..

Lega rasanya.....

Salam 1 Malaysia....
Banyak sangat kusus nak kena hadiri minggu ni, tetiba kat sekolah pg td, PK1 bgtau, kena p lagi kusus nex week, semingguuu...waaaaaa....waaaaa....waaa....baru nak relax2 buat soalan PKSR2 tetiba ada lg kusus.Tapi, mengenangkan tanggungjawab pada anak murid, sekolah, ppd,jpn,negeri, nusa dan bangsa, kena p jugak.Tu la, masa interview nak jadik cikgu,"semua dugaan, cabaran yang diberi akan saya tempuhi hingga ke titisan darah yg terakhir"..La ni, dok komplain plak....ikhlas..ikhlas...keja buat kita sebagai cikgu tu...sabar je la.dah tugas cikgu, kena la laksanakan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi...hehehe...
Nak jadikan cerita, tengahari td p PPD,tetiba plak dapat good news."Esk kusus kat PKG Hosba dibatalkan atas sebab-sebab yg tidak dpt dielakkan" bgtau Encik PPD..Lega rasanya....disebabkan tak dak kusus esk, dgn bangganya mood Main Masak-masak pun mai la....maka terjadiklah Fruity Choc Steamed Cake, resepi dari Kak Azlita Masam Manis yg cantik tu...dok tunggu nak potong la ni, dok panas lg.....

Ahad, 10 Julai 2011

Kerja, kerja, kerja.....

Assalamualaikum....
Penatnya byk keja nak kena buat.Tiap2 minggu kena keluaq skolah.Kusus la, mesyuarat la...dah penuh kad biru.Pasti ada yg jeles kat skolah...Minggu ni 1 hari je p skolah, 4 hari lg kena kusus dan mensyuarat...Keja pun berlambak yg tak siap lg.
Assigment la, keja skolah la, keja rumah la..mcm-mcm keja kena buat.Encik Mus tak dak plak minggu ni, kena p kusus kat Ipoh, tinggal la cma sorang2 kat rumah.Dok sorg, malas plak nak Main Masak-masak.Ikut mood gak kalu nak masak ni...layan tv je la...................

Jumaat, 1 Julai 2011

Main Masak-masak Cara Berlauk

Assalamualaikum..

Walaupun penat berkursus,tp, masak tetap masak..ewahh...time rajin je,, kalu time malas.. APA PUN TAK BOLEH...

Dah siap untuk minum petang sambil menunggu Encik Mus pulang dari keja..Dalam peti ada daging yang telah dicincang oleh Encik Mus, maka terhasil lah Cara Berlauk..Simpel je...Main campak-campak apa yang ada, dah nama pun Main Masak-masak...

 
Tadaaaaa..........inilah hasilnya...


Bahan2 untuk bater:
tepung gandum
telur
santan
garam
kunyit nak bagi kaler

Cara2nya:
1. Satukan semua bahan dalam blender dan trrrrrrr...
2. Kalu nak cantik hasilnya, tapis ler....

Bahan2 untuk inti:
daging yang dicincang sendiri
bawang besar
cili merah - kalu nak pedas letak cili padi
daun bawang
lada sulah
garam

Cara2nya:
1.Tumis bawang besar hingga naik bau dan masukkan daging.
2. Masak sehingga air daging kering dan masukkan cili merah, daun bawang, lada sulah dan garam.
3. Panaskan acuan dan letakkan sedikit minyak supaya tak melekat.
4. Masukkan bater ke dalam acuan(separuh je) dan letakkan inti di tengahnya.Tutup acuan dengan tudung dan tunggu hingga masak.
5. Angkat adunan yang sudah masak dan ulang proses membuatnya sehingga habis..

Penatnya...........

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Dah lama cma tak Main Masak-masak. Banyak sangat keje yang nak dibuat dan yang menanti.Minggu pertama buka sekolah dah kusus, tp, yang paling penat dan sangat meletihkan badan, minggu lepas la..Dalam seminggu ada 2 kusus yg perlu dihadiri dan dengan bangganya, dua2 kusus cma hadiri.Bukannya apa, kalu p kusus yang negeri ja, daerah jeles plak dan begitu lah sebaliknya.Untuk memuaskan hati kedua2 pihak, cma p dua2 skali. Nasib baik la dibawah pengelolaan org yg sama. Time kasih bebyk la pd Cikgu Ishak yg telah mengatur dan menyusun jadual cma dengan begitu baik dan lancar sekali. TERIMA KASIH CIKGU...
Kusus dah selesai, Kem Akademik Perdana murid Tahun 6 kat sekolah plak...Kena tido kat sekolah, (ok la.bila lagi nak tdo ngan budak2 ni.)Penat memang la penat, tp, bila mengenangkan tanggungjawab dan amanah yg telah diberikan, penat tu campak je bawah katil.(sbb pa campak bawah katil, sbb, bila balik rumah, tdo la sepuas-puasnya)
Dah selesai pasal sekolah, pasal belajaq plak....Ada kuliah plak esk...Kuliah pertama utk PPG sesi 2011/2012...dah la nak download modul tak bleh2,nyampah betoi...
Walau banyaknya keja kita, tp ingat, PM lagi banyak keja drpd kita dan dia sentiasa senyum ja memikirkan masalah negara.Kita cuma nak pikirkan masalah kita ja....Cuba renung2kan..Selamat beramal...