Main Masak-masak

Jom Main Masak-masak

Jumaat, 10 Jun 2011

Main Masak-masak Kek Oren

Assalamualaikum... Salam tengah hari...

Hari ni tak lunch pun, sbb cik donut ada lg. Malas plak nak Main Masak-masak lunch. Tp, tetiba tangan ni terlebih rajin nak Main Masak-masak Kek Oren Blended yang telah menjadi kegilaan ramai kwn2 di KR. Maka terhasil la sebijik Kek Oren Blended yang gebu dan begitu mudah untuk disediakan. Masa penyediaan pun tak lama, kejap je..Resepinya cma amik dari blog Masam Manis, Kak Azlita.Time kasih akak..Cma share resepi kat sini, yea akak Ita yang cantik..




Kek Oren Blended
Sumber : Kak Azlita, Masam Manis


Bahan-bahannya:
1 bji buah limau - parut kulitnya dan campur
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 camb baking powder* ( *diayak bersama )
1 camb orange sunquick

Cara-cara
1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. buah limau kecil2. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3.Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.(Cma guna loyang springform)
4.Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Main Masak-masak Donut Gebus

Assalamualaikum dan Salam pagi Jumaat yg ceria di seluruh alam...

Semua kerja rumah dah beres...Cuci kain, jemur kain, siram pokok-pokok di kebun tepi rumah dan kemas rumah.Pagi2 lagi dah bangun, kelentang-kelentung kat dapur. Masakkan breakfast utk Encik Mus.Hari ni kita sarapan Donut Gebus...Resepi dari mak kesayangan.Kiranya, resepi turun-temurun la....






DONUT GEBUS

Bahan2nya:
4 cawan tepung gandum,
1 pek yis
2 sudu susu pekat
2 camb marjerin
1 biji telur
4 sudu besar gula halus
1 1/2 cawan air suam (untuk larutkan gula & yis)

Cara2nya:
1. Larutkan gula dan yis dalam air suam dan biarkan yis naik.
2. Masukkan tepung, susu pekat, marjerin, telur dalam bekas.
3. Masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
4. Uli doh hingga lembut
5. Taburkan tepung gandum di atas papan pencanai bagi elakkan doh melekat.
6. Bentukkan donut ikut saiz kesukaan.Biarkan selama ½ jam supaya doh naik.
7. Apabila donut dah naik, bolehla digoreng dan gunakan api yang sederhana.
8. Goreng hingga warna keemasan.
9. Biarkan donut sejuk sedikit dan  bolehlah disalut dengan gula ataupun topping feberet.

Khamis, 9 Jun 2011

Main Masak-masak Japanese Cotton Cheese Cake




Semua org dah buat cake ni, cma pun dah lama buat kek ni, tp, baru la ni masukkan dlm blog, sbb baru buat blog, hehehe...Amik resepi kat KR, macam-macam ada....dah tak ingat sapa punya resepi. time kasih bebyk kat tuan punya resepi...sedap sgt...

Resepinya utk rujukan dimasa depan gak...


JAPANESE CHEESE CAKE

5 keping cheddar cheese
200ml susu segar
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepung kek
70gm butter


Cara-caranya:

1. Koyak2kan cheese kecil2 dan campurkan dgn susu segar. Masak dgn api perlahan, kacau selalu. Masukkan butter,tutup api.

2. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang, masukkan dlm adunan cheese tadi ( 1 ).

3. Masukkan tepung sikit demi sedikit, kacau perlahan. Sekiranya berketul boleh di tapis. Kemudian masukkan adunan meringue tadi. Kaup dan sebatikan adunan.

4.Tuang adunan ke dalam acuan.

5. Letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. Masukkan ke dalam oven yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.(Cma bakar guna oven dapur gas, so, tak turunkan pun suhu, cma balutkan bahagian atas kek dgn aluminium foil utk elakkan dr hangus).


6. Dah masak, sejukkan dan masukkan dlm peti sejuk..Sedap makan bila sejuk2...

Mulanya di sini......

Assalamualaikum....

Baru nak mula memblog setelah sekian lama cma tinggalkannya..Akaun yg lama pun dah lupa password...hehehe...Sekarang ni cma nak mulakan semula sebab ramai kawan-kawan dah dok memblogging. Walaupun, ramai org cakap, blogger ni syok sendri...Ada aku kisah???biarlah, org yang ckp camtu sebenarnya, dengki ngan org yg rajin dok memblogging ni.... Walauapapun, sudi2 kanlah menjenguk blog cma yea...